Wednesday, August 03, 2016

Kesibukan Event Melanda Lagi

SEDIH. Ia memang satu rasa yang tak boleh dielakkan. 

Semua orang mesti rasa. .
Berbahagialah jika kau rasa ujian kau cukup besar, lalu layaklah untuk kau bersedih. Kerana di satu sudut lain, ada orang yang juga bersedih..

tapi hanya atas perkara yang remeh temeh. .

Sungguh.. di saat ada yang sedih kerana suaminya kahwin lagi,

ada yang bersedih hanya kerana pokok bunganya mati. .

Di saat ada yang sedang meraung kerana dirogol ayah tiri sendiri,

ada yang meraung hanya kerana bajunya koyak atau pinggan mahalnya retak. .

Semua orang ada ujian dalam hidup masing-masing.

Bukan soal besar atau kecilnya ujian yang mempengaruhi perasaan tetapi sebesar mana pergantungan kita pada Tuhan. .

Bersedihlah kerana itu fitrah. 

Namun jangan berlama-lama kerana Allah ada. Kita percaya Allah akan bantu kita. . 

Allah akan hilangkan kesedihan yang kita rasa. 


Assalamualaikum and good morning!!!!
Semoga kita semua sihat2 selalu dan dilindungi Allah hendaknya

ku ke udara lagi hari ni...setelah memerah tenaga seharian semalam di KLIA.  Agak sibuk kebelakangan ini untuk memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai pekerja...ibu.  kedua-duanya memerlukan aku membahagikan bukan setakat masa..tapi tenaga yang sama banyak.  di pejabat dan juga di opis...tapi alhamdulillah...aku tetap bersyukur...sekurangnya..aku masih ada kerjaya yang menjadi sumber rezeki ku....masih ada keriuhan anak2 di sisi yang melengkapi hidup aku...syukur padaMu ya Allah.

minggu depan aku akan menghabiskan masa selama seinggu di salah sebuah hotel di KL.  bertugas di dalam mesyuarat menteri-menteri asean...saja jadi tukang sibuk.  kadang2 rasa bersalah juga..tinggalkan anak yang tengah membuat persiapan untuk berjihad dalam UPSR awal bulan depan. tapi itulah...SYMP.  nak tolak masih baru di sini...lagipun kerja ni rezeki aku.  hanya mampu berdoa..semoga segalanya berjalan dengan baik...dan anak2 aku sentiasa di bawah peliharaanNya.


gambar event semalam...site visit ke KLIA...dari jam 10 pagi sampai 4.00 petang.  keletihan berjalan...hampir 10000 langkah berjalan.  wahhh!!!! secara tak langsung dapat bakar kalori semalam.


trip naik eurotrain ke gate C....memantau dan mengenalpasti setiap gate2 yang ada. cuak juga rasa kadang2...mampu ker tak ni!!!!




alhamdulillah...pagi tadi sempat siapkan nasi goreng kampung untuk anak2.  request by 2nd daughter ..aina karmila.  habis dia makan pagi tadi.  gembira hati mama...

sibuk2 jugak..tapi alhamdulillah....tak pernah lagi aku miss out sediakan sarapan..bekalan and makan malam anak2.   semuanya air tangan mama.  harap2 berterusan.

hari ni jam 12.00 tengahari nak kena gerak ke hotel lak..ada sesi taklimat ringkas..harap2 dapat balik sebelum jalan jem...kalau tak..mau kol 8 tak sampai rumah lagi ni.

siapkan keje sikit...sebelum berangkat...

bye!!!









No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...