Sunday, March 14, 2010

Nak Kurus Cam King David

Sekarang ni mood aku teramatler rajin nak menghapdet blog ku ini. Sementara masih rajin ni..better aku mencoretkan sepatah dua dalam blog ni..kang kalau angin malas datang..mau sebulan dua plak tak idup blog ni.

Malam tadi aku sempat tengok the biggest loser asia..walaupun hanya siaran ulangan. Dasat juga tengok diorang leh kurus dengan cepat camtu. Tambah2 bila tengok King David..daripada sebesar kingkong leh jadi kurus di mana beratnya hanya melebihi beberapa kg sahaja daripada berat aku. Hebakkk!!! hebak!!!. Tapi secara tulus mulusnya, aku tak suka tengok muka dia yang ala2 aneroxia tu...lagi hensem si Carlo. Macho dan mantapsss!!!. Kalau nak dikira keputusan pemenang bukan dari segi penurunan berat badan, tapi dari segi nampak sehat, aku rasa Carlo yang menang. Aku vote for carlo, tapi kalau ada undian, sori ler aku nak menghabiskan duit aku nak undi. huhuhhu.

Tengok citer tu buat aku bersemangat nak menurunkan berat badan. Kalau turun 10kg pun dah syukur. Bagi ler aku peluang dok kat resort tu 3 minggu, mesti aku dapat turun 10kg. Pastu aku baliklah..xmo ler dok lama2 kang turun 50kg...mampus!!!! Terus masuk dalam kubur. Rasa cam nak buat senaman, tapi peralatan senaman aku semua ilang masa pindah umah ari tu. Mana ntah hubby aku letak.. Sedap2 jer dia bagi kat orang...pastu sekarang sibuk suh aku beli lain...pasal nak suh aku senam dengan alasan "apasal gomuk sangat sekarang ni?" Hangin aku...takper tunggu aku kuruih sket hari lagi (2thn lagi)

Nak check broken link kat portal la plak....minggu ni aku cooti seminggu. Nak balik kampung, pastu plan nak bercuti kat Langkawi..percutian keluarga. Jadi sementara ada baki 2 hari lagi aku kat umah aku ni, baik aku siapkan keje mana yang patut. Kang kalau dah bercuti aku dah tak sempat nak buat apa dah.

Alahai portal...tak lena tido aku keranamu..




2 comments:

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...