Tuesday, September 28, 2010

Berat & Tart Nenas

update hari ni adalah berkisar tentang berat badan aku yang sudah tidak stabil sekarang.  Kejap turun kejap naik.  sungguh sakit ati bila tengok angka dekat mesin penimbang tu.  Macam nak hempuk jer mesin tu.  Bila dikaji semula sebab kenaikkan berat tu, maka dapatlah aku rumuskan kenaikan tu adalah disebabkan kuih tart nenas yang aku bedal sebanyak 10 biji sekali hadap.  Sungguh terer!!...bila masuk dan cair di mulut rasa tak boleh nak stop..maka acara menyumbat ke dalam mulut akan berterusan sehingga 10 biji.  itu minimum..maksimum boleh mencecah sehingga ke 20 biji.  Dasat!!!!!..


Baru2 ini aku dah menghabiskan sebekas kuih samperit aka ulat bulu (kalau orang kedah panggey).  Sungguh menggiurkan.  Bila samperit dah abis, tugas aku menghabiskan tart nenas plak.  Ada sekali tu aku dah try sembunyikan bekas kuih raya beserta kuih raya dalam kitchen kabinet..biaq tak nampak di mata, walaupun hati tau kat mana...at least...masa utk capaian ke tempat tu agak lama dan memaksa aku menangguhkan hasrat untuk mengunyah...malangnya hanya bertahan satu malam...huhuhuhu.  esoknya aku keluarkan balik.  Tu la hubby..beli lagi kuih raya banyak222....bukannya ada orang pun yang nak datang...kalo kampung lainler..hari2 ada orang datang menghabiskan kuih kat umah mak aku.  sampai sehari sebelum aku balik ke equine..terpaksa aku gi cari kuih raya untuk mak aku semula.

Anak aku bagi cadangan suh buat kenduri.  supaya kuih itu dapat dihabiskan.  budak 6 tahun apa la tahu sangat...setakat nak habiskan kuih raya tu..aku pun boleh!! yang tak bolehnya nak memasak menambun berkuali22 berperiuk22...itu aku gagal!!.  tapi niat di hati tu ada la jugak..tunggu masa dan mood datang...nak memasak bukan boleh dipaksa.  Kang tak sedap jadinya.

weekend baru ni aku try masak lodeh dengan kuah kacang.  first time sepanjang umoq aku, aku buat benda ni.  tapi alhamdulillah...bukan nak up diri sendre..menjadi beb!!! superb!! siap jemput jiran2 setaman lagi mai makan.  next 2 week nak buat lagi la....sebelum ni buat sekali dengan bihun goreng dan daging masak itam...kaler ni nak buat laksa kedah la plak.  mesti kawww!!!..

minggu ni kalo takder aral melintang maupun menegak...kami akan balik beraya kat JB plak.  kesian bapa mertua aku...raya hari tu sorang2 dengan makcik.  na buat camner....utagha selatan...hajat hati nak melanggar ker singapura...harap2 tercapai...

p/s : passport anak2 x siap lagik ni...esok ler gi imigresen.

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...