Monday, January 06, 2014

Cuti Cuti Cameron




Lama nak update cerita percutian hujung tahun merangkap cuti sekolah baru2 ni..tapi selalu tak berkesempatan.  jiwa takder nak menulis.  kalau dah jiwa takder..hati pun ntah kemana.  last2 citer tu hilang terus dari kotak fikiran.  huhuhu....tersastera la plak walaupun seperkataan.  sayang kalao tak update...last2 kenangan percutian hilang terus.  bila nak ingat2 semula terus takder.  macam percutian hujung tahun 2012...sampai sekarang aku lupa mana aku pegi.  baru setahun..kalau 3 4 tahun terus ilang ingatan la jawabnya.

cuti sekolah baru ni...aku bawa anak2 aku gi pangkor dengan cameron ja.  kebetulan 2 minggu sebelum tu aku memang balik kampung.  ada makswip beach volleyball. tahun ni plak buat kat perlis.  so...sambil menyelam aku minum air.  bawa anak2 balik kampung sekali. merempit naik ferrari aku 4 beranak kami.  hasil pemanduan berhemah 130-140km/j  aku selamat sampai ke kampung. mak aku pun terkejut. siap suh aku berselawat sepanjang jalan...dengan nak balik tu..kena tazkirah 4 5 round suh aku bawa slow2.  baik mak!!!.


aku gerak ke pangkor kol 1.00pm...sampai ke jeti kol 4.00pm.  percutian tak dirancang.  sekali tido sehari kat sana...ammar dah start panas badan.  so..kami tukar planning...dari pangkor gerak ke cameron.  sori ..gambar pangkor sekeping pun tarak.  otak takleh compute lagi dengan percutian tak dirancang tu.  jadi tahap pelupaan masih tinggi.  kol 12 tghari esoknya pas checkout terus gerak ke cameron..berpandukan waze....aku ikut simpang pulai.  first time drive without my hubby pegi cuti2 malaysia.  kira srikandi tun teja gak la aku ni.  bawa pulak budak2 kecik.  aku bertawakkal jer la sepanjang jalan.  kol 4 pm sampai ke destinasi.  paling best masa buat keputusan nak tukar destinasi...hotel langsung tak cari.  tapi sebab mood bercuti dan mood menginja2 lebih tinggi maka hati jadi berani nak pegi,.

sampai sana...lepak kat port pasar malam...baru check agoda.  jumpa country lodge.  harga  quadroom rm298.  ok..call pastu trus check in.  pantas kan...


ni la rupanya country lodge...ok la jugak. selesa dan murah.

bilik kedua. ada dua katil single. 


bilik utama....2 katil queen.  ada balcony dan ada tv.

ni kali kedua aku pegi cameron highland.. kali pertama tahun 2011.  masa tu ammar tak wujud lagi.  kali ni ammar dah setahun lebih.  terasa meriah bila bawa budak ticit bersama.

kami sekeluarga kat bharat.  baju dari pangkor ke cameron.  dah sah2 tak menepati tema percutian tempat sejuk.  anak aku sikit lagi mesti sama tinggi dengan aku.  hurrrmmmm....



ammar dengan husna.  baru 2 tahun budak tu...tapi badan cam 4 tahun. 

lepak equatorial masa malam krismas....amik mood santa claus ...terasa sejuk gila

lepak mardi.    anak kakak aku 3 orang...anak aku 3 orang.  yang paling tinggi tahun ni baru form 1.  tapi dah tinggi dari aku.  tak adil sungguh hidup ini.

perasan ayu...uuuwweeekkkk!!!!

kami 4 beranak

suka budak2 ni...seronok bila tengok diorang gembira, 


ammar pantang nampak kolam...nasib baik ada pagar..kalo tak kuyup aku kena terjun amik dia.



suker tengok gambar ni...kawan aku cakap aku macam bibik dalam gambar ni...kat mana yg bibik tu...???? kena wat post mortem la pas ni.

ammar telalu aktif.  tak lekat kakak dia nak pegang





alhamdulillah...kami selamat pegi dan selamat balik.  seronok..walaupun tak dirancang,,,tapi tetap hepi.  yang penting bila anak2 gembira.  kita dah tua2 ni tak ada apa sangat.   ok sekian cerita percutian kali ini...chow dulu..keje banyak menanti ni/


p/s : promosi herbalife masih berterusan..pm me kalao berminat ya.





No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...