Tuesday, May 05, 2009

ENTAH APA CITER NI

Jam dah pukul 6.30pm..tapi rasa cam malas nak melangkah keluar dari opis ni. Kerja makin bertimbun..mud pula makin menguncup..adussss nak buat camna ni. Nak sambung keje mud takder..nak balik teringat keje yang menunggu untuk disiapkan. Apa lagi..shangwang la..lalalalalalalla...

Teringat database yang perlu disiapkan ni..bos dah bagi dateline. Keje tak sampai 50% lagi. Teringat plak kontrak projek yang belum diriview lagi..teringat plak projek yang ntah macam mana la keadaannya di tangan vendor...banyak pulak kepala aku dok teringat ni. Kalau la bleh bagi otak tak memikir dalam sehari tanpa 'mati' kan best...boleh rehat secukup-cukupnya. Kawan-kawan opis dah ramai yang balik ni..tinggal kami berempat yang aku agak sedang menyiapkan kerja-kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa. Siapa kata keje gomen ni senang..datang keje senang lenang cukup bulan dapat gaji!!!! sekarang aku dengan bangganya menyangkal kata-kata tersebut. Susah..payah..penat..semua ada. Kami juga berdepan dengan dateline. Takder masa nak rehat-rehat atau 'mengulau'. Kalau ada yang melepak tu, itu bukan mengulau tapi mencari ketengangan dan ilham. Heheheh..fuhhh dasatttt.

Nak buat camner...cari rezeki yang halal. Jadi kerjalah..banyak songeh nanti rezeki tak berkat la plak. Huhu..Esok ada miting dengan vendor la plak. Konon-konon nak tengok sistem yang dah siap hampir 95% oleh vendor..katanya lah. Harap-harap esok cuaca baik..takut-takut ribut taufan dan puting beliung melanda plak dalam bilik mesyuarat tu. Mudah-mudahan tidak...Aminnnnnnnnnnnnn.

Jam dah pukul 7.15pm ni...rasa cam nak balik. Sambil-sambil mengarang ni sambil-sambil buat cleaning data. Banyak lagi nak kena siap ni...hurmmmm sambung esok jer lah. Dah nak muntah tengok data ni. Naik buntang biji mata..sipi-sipi nak juling. Okeylah...cau dulu....bye keje-kejeku...see u tomorrowwwww...

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...