Wednesday, January 16, 2013

Teman mesra ammar

Salam...

Hari ni aku cuti lagi. kali kedua untuk tahun 2013...bukan sengaja nak cuti. Tapi kesihatan ammar tak mengizinkan aku ke opis.
Semalam masa antar ke nurseri...cikgu neseri pun dah cuak. tambah2 lagi bila dengar bunyi nafas ammar. kali ni bukan bunyi dari leher...ataupun kahak biasa..tapi bunyi dari paru2 yang dah sempit disebabkan kahak dah berkumpul terlalu banyak. so..memang nampak ketara dia nak bernafas pun dah semput.

Malam tadi...aku memang dah pasang niat nak bercuti jer hari ni. kesian ammar....sakit2 pun aku tinggalkan kat neseri. tambah sedih bila time rehat masa aku gi jenguk dia. siap nak tido atas riba aku lagi. memang nampak sangat dia perlukan aku sangat2. Cuma aku yang terpaksa keraskan hati...cekalkan jiwa,..disebabkan terikat dengan komitmen kat opis. Meeting memanjang.

Pukul 2 pagi tadi ammar tetiba demam. suhu dah mencecah 39.5. Aku bungkus dengan kain basah....masukan ubat bontot...tepuk belakang dia. kahak dah terlalu bnayak membuatkan dia sukar nak bernafas. tapi disebabkan aku dah biasa dengan keadaan dia...so aku takde la panik sangat. macam biasa...kasi nebulizer..tepuk depan belakang. alhamdulillah...lega la sikit.

Pagi tadi gi jumpa doktor cheok. paed kat colombia asia. Aku suka dengan doktor tu. dia rajin terangkan apa yang aku tak faham. ain..aina pun pernah kena warded kat situ...dan walaupun ada 3 paed kat situ...dia pulak yang kena rawat anak aku. Kebetulan. so..kisah ammar ni...akhirnya doktor decide ammar kena start guna inhaler. Sebab ammar dah hampir asma. kes ammar tak macam kes baby2 lain. walaupun ramai baby yang kena selsema kat neseri...tapi kahak tu tak memberi kesan pada lung diorang. ammar pula...doktor cakap paru2 dia terlalu hyperaktif. Mudah memberi respon pada segala macam habuk...dan asap. bahaya tol la. So...aku kena selalu bernati hati dan kena memastikan ammar hidup di persekitaran yang bersih. Tapi faham2 jer la kat neseri. aku selalu tak puas hati pasal tilam ammar selalu kotor.banyak habuk. tapi nak buat camner. terpaksa pejam mata...dan sebab tu juga aku selalu turun gi lawat ammar. Sambil2 tu aku kibas sekali tilam ammar.

Berbalik pada citer inhaler tu....inilah teman baru ammar....





3 kotak yang lengkap. biru untuk kecemasan. oren kena pakai hari hari. 2 kali sehari sehingga tiga bulan. Kalau dah ok..dos akan dikurangkan. inhaler ni takleh trus stop. bahaya. so..hanya boleh dikurangkan dos..sehingga ammar dah stabil:-)





Chamber ammar. siap ada teddy lagi. comel plak tu. maka mulai hari ni...aku takleh kemana mana tanpa benda alah ni. ke a usungla..bertambah besar lasaiz beg aku pas ni.




Comelkan chamber untuk budak2ni. Macam2 kaler ada. baru aku tau




Lastbutnotleast......gambar pesakit kesayangan hamba....


Semoga ammat cepat baik ya sayang....kena kuat lawan penyakit ammar tu. besar nanti jadi pilot....hensem anak mama....:-)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...