Tuesday, January 01, 2013

Mengelupur

Malam2 jahit lencana sekolah anak. Kelam kelibut. Esok dah sekolah. Baru hari ni pulun cam orang gila. Seterika baju sekolah 10 pasang. Untuk ain pulak lagi teruk...dari kain kembang belakang..kemeja..vest..tudung. 5 pcs termasuk tali leher. Berpeluh la ko nak oiii gi sekolah pas ni. Melilau rata aku gi cari tudung pengawas..akhirnya jumpa kat pasar tani putrajaya. Rm8 jer selai. Jimat.

Boleh pulak ain cakap...kalau sukan taknak pakai tudung. Panas. Boleh plak cam tu. Tapi nak buat camna...aku dulu camtu jugak. Time jadi pengawas dulu..aku simpan tudung dalam beg sekolah. Masuk jer gate sekolah tu..terus sarung. Syarat...pasal wajib. Huhu. Sekarang giliran anak aku pulak. Mana tumpah nyer kuah kalo tak ke nasik. Takpa la nak oiii....cukup umur nanti pandai2 la kamu nak pilih jalan yang betul.

Esok dah stat sekolah. Maka statlah semula kesibookan aku ni. Harap2 leh kurus la aku...hihihi.

Aina dah aku tukarkan sekolah...harap2 kali ni menjadi gitu....cemerlang dan berbintang2.

Ammar tak tido lagik. Aku dah ngantuk. Esok nak bangun awal..maklumler anak dah jadi pengawas sekolah....dulu orang tulis nama dia pasal lambat..tahun ni takkan dia nak tulis nama sendre plak kan.

Selamat tahun baru pada kawan2 ku...takde apa yang berubah .....nombor pun tak berubah. Hehehe

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...