Tuesday, June 22, 2010

SkippinG

Hari ni aku masuk opis agak lewat. Dalam kol 9.00am cenggitu. Letih giloss nak bangun tido. Last2 setelah alarm ku berbunyi kali ke 55, baru aku terbangun. Kol 7.45am. Kelam kelibut mandi and bersiap. Kol 8.30 gerak dari rumah. Jem la plak jalan depan umah aku tu. Nak buat Giant...baru siap dalam 60% kot. So, jalan 3 lane jadi 2 lane. Kete dah ler banyak...ater itu jer jalan nak keluar ke Puchong, Putrajaya, Kajang, Bangi yang paling dekat. Kompom ler jem. Kalau hari2 lain bertembung plak dengan lori keluar masuk. lori bawa tanah merah plak tu. habis jalan kotor, keter pun berhabuk.

Sampai kat opis, aku agak cuak gak. Takut kena sergah dengan bos. Maklumler...cuti agak lama...4 hari termasuk sabtu and ahad. Tapi keadaan di opis agak memelikkan. Redup jer seperti redupnya cuaca di luar. Nak kata mendung menanti ujan ribut, tak juga. Redup cam musim dingin kat obersea. Seronok jer. Rasa nak buat kija pun tenteram.

Tengahari tadi, aku gi Alamanda dengan Heti dan Maan. Ingat nak jalan2 cari botol air anak aku. Terjebak la plak dalam Fitness Concept. Beli tali skipping baru. Yang lama tu dah tak syiok. Rasa ringan and melelong22 jer bila time hayun tu. So, konon2 nak cari yang berat sket. Sedap sket nak melompat. Sekali ko...panjang berjela. Tak sesuwaiii lak dengan ketinggian aku. Nak tukar pun malas. Tapi bolehker kalau aku gi tukar kat Fitness Concept tu???....warranty pun tak der....takkan diorang nak layan kalau aku nak tukar benda rega rm27.90 tu jer.

Teknik melompat penuh kegirangan

Berita baik!!!!...berat aku tidak bertambah banyak seperti yang aku rasakan sekembalinya aku dari kampung. Musykil gak...padahal aku makan banyak. Nak kata penimbang aku rosak, takkan la kot. Baru sangat aku beli....2 bulan baru. Lagipun aku timbang kat 2 penimbang....satu analog, satu lagi digital untuk mengesahkan bahawa berat aku ok. Heheheh...naik ler dalam 500gram. Selamat...mungkin sebab hari2 aku belasah skipping kat kampung. Satu hari aku belasah 1000x. Nak bakar kalori yang telah aku telan..time tak ingat dunia tu.

Nak sambung keje plak....dah lama tak menghapdet blog time kija ni. Rasa berdosa plak..(insaf tetiba)

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...