Friday, January 06, 2012

Pangkor Island Beach Resort.



Percutian penutup di tahun 2011...sama juga..percutian yang tak dirancang. setelah aku amik cuti seminggu untuk bercuti...anak aku disahkan ke HFMD. maka 6 hari aku terkurung dirumah..menjaga anak yang tak sihat. then pada hari jumaat yang besar rahmat...tiba2 laki aku ajak gi bercuti. gila ko...hari tu dah la 23 Dis....memang peak hour la bercuti. nak krismas lagi. laki aku memang camtu...suka buat percutian mengejut. tiba2 jer laki aku ajak gi Pangkor. tawaran dibuka pada jam 12 tengahari. segala urusan hotel diuruskan oleh laki aku. tugas aku hanya mengemas kain baju untuk bekalan disana.


lepas solat jumaat...kol 3 pm kami begerak dari seri kembangan ke lumut. target nak sampai kol 7...tapi kami sampai kol 7.15pm. maka terlepaslah feri hotel..naiklah kami feri biasa...yang sungguh sesak. tapi orang kata percutian yang tak dirancang tu lah yang sebenarnya best....dan bagi aku memang best.

sungguh tenang di sini...tak crowded. kami melepak jer kat hotel. nasib baik laki aku amik pakej dinner sekali. so, malamnya kami tak keluar mana2...hanya berlegar2 sekitar hotel dan pantai. sori tak banyak gambar pasal cameraman suka tido dalam bilik.

aku dan anak bongsuku....yang besar suka merajuk. sikit2 merajuk. yang kecik pulak suka posing. maka lehla jadi peneman aku bila bergambar.


hepi gila aina main air. ajak mandi laut tak nak. asik2 nak terjun kolam. sehari 6 jam dok dalam kolam...sampai badan dah jadi itam...macam aku. sekarang aku panggil dia sanggeta.



ni plak ain...sama jer dua beradik ni. berenang333333.....aku yang tunggu pun makin itam.


cer tengok..btol tak aku cakap..yang besar suka merajuk.. tu merajuk la tu...aku tak kasi terjun kolam...sebab dia dah demam. tapi nak terjun jugak....merajuk taknak makan. adik ok jer....terenyih222 macam kerang busuk.


tempat aku memantau diorang terjun dalam kolam. ekceli....laman ni aku bayar...sebab bilik aku yang punya..hahahahah. maka disinilah aku dengan laki aku bersantai..sambil memantau 2 orang budak menyelam menimbul dalam kolam.

aku dan anak2 aku...di pagi hari berjalan untuk ke restoran. anak aku kata aku ni macam budak2 mengandung. ya la ..aku tau la aku kemetot....pastu boolat. dok kutuk2 aku lagi tau..kang aku tunjuk gambar aku masa mengandungkan dia baru tau...lagi kembang 4 mangkuk..at leaast sekarang ni kembang mangkuk tingkat jer.


pemandangan indah laut di waktu petang...walaupun aku tak sempat nak amik picca sunset...tapi bagi aku ni pun dah cukup cantik. tenang jer....rasa cam nak pegi lagik..


ain berlari dipantai setelah mendapatkan present dari santa ditepi pantai dipagi krismas....aina masa ni jangan haraplah..nampak pantai lari. kaki langsung tak nak pijak pasir. dia cakap kotor. so, percutian ditepi pantai adalah amat merugikan untuk anak2 aku. langsung taknak mandi laut. last2 aku dengan laki aku yang terjun ke laut. 2 orang budak plak berehat kat atas rumput ditepi pantai.

kesimpulannya....walaupun percutian ini tak dirancang..tapi cukup bermakna dan menarik dan memberikan pengalaman yang indah untuk kami sekeluarga. 3 hari 2 malam rasa cam tak cukup jer... tapi disebabkan kami pegi pun ujung2 cuti maka takleh nak tambah2 lagik. balik dari bercuti..bukan ain saja yang demam...aku pun demam lepas tu. hari pertama sepatutnya aku naik keje tapi aku MC sebab demam.

nak bercuti ke obersea teringin la jugak..tapi sebab kami ni kebanyakkannya percutian tak dirancang. kang rancang lebur jer duit aku...cam tahun 2008..penat aku bayar tiket flight, hotel, pakej melancong ke obersea...last3 burn camtu pasal laki aku sibook keje. so, aku rasa..kami ni sesuai gi melancong dalam mesia jer...duit pun jimat...hahaha.....sekarang ni kalo laki aku sibuk suh aku cari tempat percutian kat luar negara...aku buat bodo jer...kang tak jadi lagi naya. hancussss duit aku. aku bukan bisnesswoman...makan gaji jer...bukan duit datang bergolek222. kalau nak gi jugak....silalah tempah sendiri.... huhuhu.

macam kes laki aku gi umrah tahun lepas. bukan rancang pun. tup333..bayar..beli barang....lusanya terbang. itulah pesen laki aku. yang rancang selalu tak jadi....yang tak dirancang tu yang jadi. hehehe...

p/s : yessss!!!!!!!!!!!.......habis en3 untuk percutian. selesai. sila abai ayat aku yang tungin terbalik...sebab motif aku hari ni untuk bercerita tanpa perlu menyusun ayat yang sedap.

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...