Sunday, September 09, 2012

Dah Tak Keruan

Hari ni dah berapa syawal ya?...tak sempat aku nak kira. Dan memang aku tak berminat nak kira. Memang teruk dan kejam kan aku ni...pemalas tahap tenuk.

Sejak ada baby ni..dan sejak maid aku dah balik indon...aku macam dah tak keruan. Bukan hilang ingatan ya...ataupun meroyan gila..tapi aku tak berminat nak amik tau dunia luar...tak sempat nak bersosial. Hidup aku hanya untuk keluarga dan anak2 aku saja. Pegi keje...balik keje...bersilat cekak kat dapur...urus anak2...then tido. Itulah dunia aku sekarang. Diri sendiri pun tak sempat aku nak urus.

Baru2 ni baru timbul kesedaran dalam diri. Bila tengok mesin penimbang dah naik 1 tangga...pastu tengok ada rupa mata panda dah kat muka aku..pastu ada pasir2 menyinggah buat lawatan tak rasmi...baru aku sedikit concern. Huhhh!! Harus ku pikirkan bagaimana caranya mau kembali seperti dulu...ada masa untuk diri sendiri...bersukan..bersosial..dan memanjakan diri di spa.

Hari ni pulak ada 3 jemputan open house. 2 daripada jiran setaman...1 lagi daripada teman opis. Tapi kurasa macam takde mood nak pegi mana2. Malas nak heret 3 henbeg ke sana kemari. Pastu mulut aku pulak akan jadi sama naik dengan berat henbeg aku. Silap2 nanti orang mai salam aku pulak pasal ingat aku tuan rumah..almaklumlah...beleter dekat anak. Kalah tuan rumah.

Aku perlu ada transformasi...berubah! Verubah!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...