Wednesday, October 10, 2012

Adik Adam


"AHMAD ADAM SYUKRI lahir secara vacum pada 4/32012, sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen dan telah mengalamai BRAIN DAMAGED (SERVE HIE) atau lebih dikenali sebagai KEROSAKAN PADA SARAF OTAK.

SCAN MRI pada 9/3/2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yg amat teruk...Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur utk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adam mengalami injured , begitu juga telinga sebelah kana yg tidap dpt mendengar kerana kerosakan pd bahagian dalam telinganya.

Doktor pakar otak mengesahkan Adam akn terlantar SEUMUR HIDUP dan peluang utk berjalan dan hidup spt kanak2 normal memeng amat tipis.Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak"


selama ni aku tak pernah amik tau...atau nak share apa2 pasal kisah sakit penyakit ni...tapi bila terbaca kisah adam...aku teringatkan anakku ammar.  lahir pada bulan yang sama...hanya beza 9 hari.  alhamdulillah....tuhan tidak memberikan aku ujian seberat ibu adam.   ujian yang sedikit pun aku tidak terdaya untuk menahan...apatah lagi ujian seberat ini.  begitu tabah hati ibu adam.


aku hanya mampu berdoa...semoga Tuhan akan melindungi Adam...kuatkan semangatmu...untuk ibu Adam....sungguh aku kagum dengan kamu.


oh!!! sudah meleleh air mataku ini....teringat saat ammar sakit dulu....aku dah meraung gila bila doktor mengelilingi ammar di kala dia hanya mampu menyedut oksigen setinggi 65%...saat dada dia berombak kencang bertarung untuk bernafas.  saat dia hanya bergantung pada mesin oksigen untuk membantu pernafasannya.  saat lendirnya penuh dan terpaksa dikejar ke bilik rawatan jam 4 pagi kerana dia tidak boleh bernafas. saat itu ammar hanya berusia 45 hari. 

tabahlah kamu nak.....aunty akan membantu sedaya boleh dan akan terus berdoa untuk kamu....


PERHATIAN: UNTUK YANG INGIN MENDERMA PADA ADAM BOLEH BANK IN KAN KE ACCOUNT - MAYBANK : 1611 3633 1818
                       CIMB           : 0204 0007 2922 01
Visit page Adam Ahmad Syukri  http://www.facebook.com/AhmadAdamSyukri



2 comments:

  1. sangat sedeyyyyy..moga Allah permudahkan urusan die..n pling penting Allah beri kshatan yg baik pada ibu n ayah die..utk mjga diekan..amin

    ReplyDelete
  2. semoga ibu dia terus tabah....duit berjuta xkan mampu mengganti anak seorang. seorang ibu sanggup menanggung sejuta kesakitan....asalkan anaknya sihat....semoga Allah swt memberikan yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...