Thursday, October 27, 2011

Dah lama aku tak bercuti!!!


Dah lama tak bercuti....rasa badan aku ni dah minta berehat sebentar dari kesibukan rumahtangga. penat....teringin nak pegi bercuti di tepi pantai atau di tanah tinggi. entah bila agaknya dapat aku bercuti.

Last aku bercuti hari tu kat Melaka..bulan 7. itupun checkin hotel kol 11.00 malam...check out kol 12 tghari esoknya...tak sempat nak bercuti pun. tempat aku pegi pun kapal besar tu...dengan naik bot kat sungai melaka tu jer. tempat lain tak jejak pun. bosan!!.

kali ni teringin nak bercuti...tapi bolehker kalo tak bawa laki. boleh la aku nak merayap sendiri....mana2 aku nak pegi pun ikut suka ati aku. nak berbungkang tido pun tak kisah. kejam kan???!!! uhuhuhu.


teringin nak pegi tempat ni...sejuk..nyaman....tapi musim ujan...selamat ker idak kalo gi sini....

satu lagi ke sini...nak melepak dalam bilik 2 malam.....mesti seronok.

ni tengah berangan...harap2 laki aku baca en3 aku ni dan sudi membelanjai aku. bosan la...cuti jer rutin aku dah tetap...basuh baju, lap lantai, basuh bilik air, kemas umah, seterika baju, basuh kasut sekolah anak, buang habuk2 kat kipas...bosan!!!....nak juga tukar mood sekali sekala...


p/s : berangan yang hover.

Tuesday, October 25, 2011

Andai Lelaki Tahu Hati Wanita



Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2..

what to do

ingin bersendirian sebenatar daripada menghapdet blog...walaupun banyak yang nak diceritkan.

mood takder....
keje banyak nak kena buat...tapi idea kering

so, what to do??

Friday, October 21, 2011

Jumaat Yang Indah

akhir2 ni aku dah agak takder mood nak bercerita dalam blog ni....mungkin sebab akhir2 ni ketensenan aku agak berkurang...takder lagi tekanan daripada bos (alhamdulillah..kedua2 bos aku dahpun selamat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah alMukaramah....semoga mendapat haji mabrur hendaknya). pasal kehidupanku pulak...aku dah belajar untuk redha meredhai. terima takdir ilahi dengan seikhlas hati. tapi bukan bermakna aku menyerah kalah..tidak sama sekali...mungkin belum masanya sekarang...sampai ketika nanti..waktu yang sesuai, bila hati aku cekal dan tabah...bila jiwa aku kembali kuat....aku akan mengorak langkah untuk kedepan.

sekarang kandungan aku sudah mencecah minggu ke 18, gerakan baby juga sudah terasa. ada penghibur bila keseorangan, ada teman nak berbual bila bersendirian. bercerita pasal baby...kedua2 anak aku, ain dan aina...masing2 berebut nak jantina baby. ain nak adik lelaki...sebab dia dah ada adik perempuan, aina pula nak adik perempuan...sebab dia cakap baby boy adalah sangat noti. macam2 hal...tapi aku secara telusnya memang mengharapkan anak lelaki...sebagai satu2nya waris aku...tapi kalau tuhan menganugerahkan anak perempuan lagik...aku terima dengan redha...syukur...semoga sihat, selamat dan sempurna sifatnya...aminnnn. apapun yang Allah bagi mesti ada sebabnya kan???...jadi bersyukurlah

berat aku pulak..usah la dipersoalkan...naik mendadak beb..paling tak tahan part punggung...owwwhhh slurrrppppp sungguh melebar. baju pulak semua dah tak muat. so isyarat untuk membeli baju mengandung dah diberi...esok lah aku mengembara..mencari baju untuk badan baru aku. arrrggghhh..baru merasa nikmatnya kurus tak sampai setahun...sudah gomuk semula.

sekian, esei untuk hari ni....

Hatiku Milikmu

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Tiba2 aku leh layan lagu nananeranananera ni.....macam sedap plak didengar berulang2 kali. walaupun takder tinggi2 macam whitney tapi lagu yang serak2 kering ni...membuai2 hati aku. bolehla dilayan...waktu hati tengah melayang2.



Thursday, October 20, 2011

Cinta Elysa

Citer yang tengah aku folo sekarang ni....penuh dengan emosi. sampai aku yang tengok ni pun terover2...marah. huhuhuhu...tak sabaq nak tunggu episod seterusnya. walaupun aku tak suka si pasha sandat ni...tapi sebab jalan critanya sodap aku gagahi juga. lagipun lately ni, asik2 muka pasha ja yang kuar kat tv....

Sinopsis Cinta Elysa:

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman.

Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).

Jasman (lakonan Jalaluddin Hassan )bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.

Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari -- hari.

Elysa gugup apabila berdepan dengan Aril bila mendapat tahu cerita buruk mengenai Aril. Mulanya dia tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril.. :)

Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin.

Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Wednesday, October 19, 2011

imageless wednesday

owwhhh hari ni aku amat bz..
nak siapkan rekabentuk database untuk sistem terkini...
mana nak create indexing, foreign key and primary key..
kena buat normalization plak supaya data tak redudancy..
semuanya merungsingkan hati....
bila kena pikir sorang diri..
takder teman nak berkongsi...
arggghhhhhhh...tensen

target hari ni siap semuanya...
boleh release pada anak buah untuk dicuba2..
esok...ada miting pagi dan petang pula..
so, dah takder masa..
tinggal lagi sepurnama...
bos nak balik bertanya...
kena lah bagi khabar gumbira...
tadaaaa.....keje dah siap sepenuhnya...
tinggal bos nak semak saja...
pastu..kena jerkah terkebil biji mata...
mati la......lalalalalala...

chem...sila sambung buat keje anda..
takyah nak berpantun berangkap pula...
buang masa!!!..

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...