Sunday, August 05, 2012

PeseN RaMbuT

Malam tadi aku dan anak2 aku berbuka kat luar. Lepas papa telefon bagitau balik lambat...kebetulan pulak masa tu aku sangkut kat flaiober seri kembangan. Terus otak berfikir nak berbuka kat mana. Sementara dok tunggu bapak polisi melepaskan barisan kami yang panjang bermeter2 tu...aku dan anak2ku pun berlali tamplom la nak pilih tempat makan. Almaklomla..dah besar. Masing2 ada citarasa sendre. So..ting tong punya tingk tong...last2 pilih kfc jj equine. Senang...ringkas.

Pas berbuka...solat, pastu 2 beradik sibuk pulak nak memendekkan rambut . So, lepak la kat APT salon. Ni la aksi2 budak kena sebis.





Dan hasilnya






Setel rambut raya.

Teringat zaman aku kecik2 dulu. Masa nak raya ja semua budak2 sibuk nak kerintingkan rambut. Orang kedah kata "karan". Jambul kat depan kerinting bagai nak rak...kat belakang lurus. Tapi aku tak buat...sebab rambut aku semulajadi kerinting depan dan belakang. Aku plak nak luruskan rambut tapi mak aku bebel sampai pecah gegendang telinga. Almaklumla....dalam famili aku, aku plak rambut kerinting. Yang lain sumer lurus. Tu yang jadi kesayangan tu...rambut je la. Rotan tetap kena. Huhuhu.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...