Friday, January 22, 2016

Bento Anak-Anak Ke Sekolah


Assalamualaikum
Dah 2 minggu persekolahan bermula...bulan januari pun dah nak sampai penghujungnya.  cepat benar masa berlalu.  tup2 dah disember.  bertambah lagi setahun umur aku. mak dah tua dah ni....adussss!!!!! ingat mati ingat mati!

Dari hari pertama anak2 sekolah....aku masih masakkan bekalan macam biasa.   tapi kali ni semangat makin waja lagi. walaupun masak simple2 jer...

nasib baik takleh masak kat sekolah....kalau tak aku bekalkan periuk nasi sekali kat anak2 aku.  sahut cabaran menteri2 kita yang disayangi tu...berjimat kononnya.  masak kat mana2 jua...

ni dah habis jimat dah ni pak menteri2 oiii...rakyat marhein macam kami ni..tak tau dah nak jimat ceruk mana lagi.  habis segala sudut dah dijimat2kan. tu pun segala bil menten melambung2 macam biasa. dari 4 ekon kat umah...aku on kan 2 jer. bil cuma jimat rm50 jer sebulan.  minyak kete pun dah jimat habis dah...sebulan tetap rm250.  nak wat camna..benda wajib.  takkan nak angkut anak2 3 orang..beg sekolah 6 biji naik bas.  wahhhh!!!! kalau keluarga fantastic 4 best gak...main terobang ja. berdesssuuupppp sampai sekolah.

setakat ni...ni jer menu yang dapat aku ikhtiarkan untuk masak pagi2.  tu pun 4.45 dah bangun2 diri sendiri.  nak bangun 4.30 tak larat.  kalau bangun 4.30 baru selesa masak....baru leh lambatkan diri sikit.  ni pagi dah macam charlie chaplin dah aku.  kalut!!!

megi goreng, nugget dan roti canai..a simple bento
nasi lemak dan jajan yang berkhasiat.

nasi putih..ayam goreng tepung..chicke wrap dan nasi goreng cina

nasi ayam takde sup..roti sosej cheese dn pizza sedikit hangit

yang ni main rebus2 jer..cicah sos nandos...mama punyer


mee goreng dan roti bercoklat

nasi goreng kampung dan roti john..for baby..nasi goreng cina dan roti coklat

nasi ayam again dan nugget

bihun goreng dan roti hotdog

carbonara dan tortilla

bihun goreng, potato wedges dan nugget.
setakat ni tak pernah miss lagi bento untuk anak2 aku.  misi aku bukan untuk cantik2.  janji diorg leh makan...takyah beratur panjang2..jimat masa dan jimat duit.

ni ada yang aku snap gambar dan ada yang kesuntukkan masa..tak sempat nak snap. mana ada jer la.

sekarang ni aku dah siapkan menu untuk seminggu.  senang. pagi takyah nak plan nak masak apa dah.  ikut jer jadual mingguan tu.  barang dapur pun beli ikut planning yang dah termaktub. so...takyah nak tukar2 menu lagi dah. itu jer barang yang ada.

selamat cuti 3 hari....leh rehat jap dari bangun jam 4.45am.  masak subuh2.  mak nak rehat jap...




No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...