Friday, January 08, 2016

Cerita Tertangguh

Assalamualaikum...

Morninks ollssss..

Dah lama aku asik menangguh2 untuk menulis blog ni...kadang2 rasa dah takde apa nak update.  konon2 macam kehidupan telah terhenti. ececehhh.  seakan2 dah berakhir segala kegembiraan untuk dikongsi..

tapi aku lupa...dalam setiap kesusahan itu ada kesenangan..
dalam setiap kepedihan itu ada kebahagian..
aku asik merenung seolah tiada jalan yang terbuka...tapi aku tidak perasan bahawa pintu2 lain masih menunggu luas untuk aku.

aku tutup cerita 2015.  kunci erat.  dan  2016 baru sahaja melabuhkan tirainya..
kompom akan banyak cerita lagi yang perlu aku hadapi.

bermula dengan kerjaya dan kehidupan..tahun ini...anak sulung aku akan menduduki peperiksaan UPSR.  anak kedua pulak dah naik tahun 3.  how time flies tanpa aku sedar.  rasa macam baru jer beranakan diorang...tiba2 semua dah membesar.  anak sulung dah lebih dari mamanya.  kalau dulu aku berangan kasut2 aku yang banyak tu boleh dikongsi...sekali...gudbye.  saiz kaki dah lebih 2 dari mamanya.  saiz baju pun sama.  maka..saat2 aku menunggu anak sama besar dengan ibunya dah tercapai.  syukur...aku dapat merasa saat2 itu.  terima kasih Ya Allah...kerana memanjangkan usiaku..

anak ketiga...si ammar...sudah semakin membesar dengan sihat.  alhamdulillah.  kadang2 dalam kita meratap..kita lupa di sisi kita ada mereka2 yang telah semakin berubah sejajar dengan masa.  si ammar...or my baby dah 4 tahun.  wahh cukup pantas masa berlalu.  Rasa macam baru melahirkan dia...menemani dia semasa sakit...berulang alik ke hospital.  sekarang semakin petah berkata2. 


alhamdulillah...keluarga bahagia kami. semoga Tuhan akan terus memelihara keutuhan hubungan kami hingga ke syurga.  Aminnnn!!!!!

p/s : mood stress buat sistem tapi takde idea...

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...