Tuesday, January 26, 2016

Masa Dah Bertukar

Assalamualaikum...semoga diberi rahmat hendaknya pada kita..dan dipermudahkan segala urusan pada hari ini.

Awal bersiaran hari ni...tunggu nurseri buka. Awal pulak aku sampai.

Tahun ni anak aku nak amik upsr. Berdebar2 maknya. tengok anak makin relax...mak pulak makin cuak. Sekolah anak aku sekarang ni hari2 buat solat hajat..dhuha and bacaan yaasin untuk tahun 6. So pukul 7am...aku dah wajib sampai sekolah. So..untuk menyampaikan pukul 7 tu...pukul 6.40 aku dah kena start enjin kete. Awal bebenar. Tapi ok lah...xde la aku tergopoh gapah cam dulu. Merempit jer kejenya. Hahahah.

Dulu aku tak ingat camna nak amik upsr. Rasanya esok exam..hari ni aku main polis sentri lagi. Pastu mak aku kejar. Tiba2 jer aku tengok polis tua kejar ...terus laju aku lari. Takper...tak dapat tangkap siang...malam tu terus aku kena rotan. Esok gi exam cool jer. Dapat jugak 5A. Tak sangka. Exam tu apa agaknya kat aku. Maklumla..dulu aku tak bajet nak p sekolah hebat2. Dapat asrama penuh semua mak aku cantas. Suh dok celah ketiak...atau maybe dulu xdak duit. Banyak ongkosnya kalau nak p asrama. Ingat kes kak aku dulu..pes time orang kampung dapat p asrama penuh..satu kampung gotong royong jahit cadar..telekung..tudung..baju. aku tukang tengok ja.

Time aku dulu susah...time anak aku senang. Tuition leh pilih ja. Aku dulu tuition pun tak tau. Buku rujukan pun tak pernah beli. Anak2 aku..bawa ja gi MPH. Pilih buku macam sehari 3 buah boleh buat. Last2 sampai hari ni tak berusik lagi. Rasa nak rendam bagi minum ja. Takper..aku bagi chance lagi...start bulan 2 ni..korang dengar la dinosour mengamuk. Masa tu...tahan la telinga korang.


Bekal hari ni. Roti john..nasi putih..sambal sotong..kacang goreng telur..dan telur dadar.

Mama dulu bawa duit 20sen ja nak oiii..
Sadddisssss...
Sarapan lempeng nyoq. Tak kenal roti2 ni.
I kampung sejati okessss

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. kak!tetibe terbukak blogger ternampak akak pos. hahahah.. bangun pukui bapa kak oi? aduh.... bila nak jadi ibu2 gigih bab memasak ni. skang ni sumbat dalam air fryer goreng je frozen2... paling rajin dah tu...

    ReplyDelete
  2. sebelum subuh dah bangun dah....pukul 5 tu dah kira lambat dah la. budak2 ni request alya oiii...kalo tak mak pun tak rajin. hehe

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...