Friday, March 25, 2011

Genting Highland


cerita basi..+ lapuk..

pengembaraan aku di Genting Highlands pada 6 Mac 2011

kisah bermula apabila aku selalu sibuk dengan keje..dan dengan duty di opssss room. sibuk dengan lid dan candidature dan hari bertemu pelanggan yang tak berkesudahan. sibuk juga dengan karenah2 user yang tak berkesudahan. maka bagi aku setiap hujung minggu adalah peluang untuk melepaskan tekanan. kebetulan pula hari sabtu sebelumnya aku datang ke opis menyiapkan keje yang terbengkalai. Maklumlah hari2 biasa sibuk mengadap box, sibuk dengan panggilan telefon dan sibuk juga dengan mesyuarat yang tak putus22.

maka hari ahad, kol 11 am, lepas bekpes dan lepas segala apa yang patut, kami pun berangkat ke genting highlands..paling excited si kecil aina. sibuk menanya bila nak sampai. agak lama juga kami tak ke sana..kalau tak dulu 2 bulan sekali pasti aku akan menjejakkan kaki ke lokasi perjudian paling glamer tu..ni rasanya last aku pegi bulan 10 tahun lepas.



budak yang beria2 dan bersemangat nak ke genting highland. tengok lah rambut dia..mewarisi rambut aku..yang sering berterbangan dan bertaburan walaupun dah disikat 4ox.
ini pula ain...makin tembam anak aku ni..baru 7 tahun berat dah 32kg. bimbang jugak aku. makan berselera...menambah2. kol 7pm makan nasik..kol 9 malam minta lagi. kalau tak bagi nangis. bila aku cakap nanti gemuk..dia jawab balik "takper..nanti bila besar, baru akak diet macam mama"



inilah permata hati aku...2 orang gadis kecil...walaupun dua beradik, character nya berbeza. sorang taknak makan takut gemuk..sorang lagi suka makan...sorang suka menangis..sorang tak. sorang manja dengan mama, sorang pulak dengan papa.

aku nak upload lagi gambar..tapi asik bad request jer..

masa gi genting tu kami tak amik indoor game...amik outdoor jer. so ..banyak permainan kami belasah. last skali aku naik pirate ship (betul ker???)...pengalaman paling mengerikan. sepanjang kapal tu dok naik turun aku asik menangis...hahahah. ain plak cool jer. last skali masa nak turun tu..ain siap sound aku " apa la mama ni..menangis..malu kat orang sebelah mama. tu la sapa suruh naik, kakak nak ajak papa, mama sibuk nak naik" hahahahahah.....anak aku cukup berani....aku plak pengecut. mau taknya setiap kali kapal tu berayun aku rasa nak terburai isi perut aku...gayat jugak aku ni rupanya.

masa onthe way balik....4 kali laki aku terpaksa berenti kete bagi memberi laluan kepada bahan buangan dalam perut aku untuk keluar dari mulut aku...muntah sepanjang jalan. aina siap cakap dalam kereta "peraturan ke3 kalau nak berjalan2..tak boleh muntah di tepi jalan" perli aku la tu. laki aku plak asik gelakkan aku. geram aku!!!

ok..takleh citer panjang2...masa untuk buat keje plak. ayat pun berterabur.





No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...