Wednesday, March 23, 2011

System Analyst vs Ibu

Semalam...aku telah gagal untuk menjadi seorang ibu yang sempurna. aku selalu dihambat oleh tekanan kerja serta mengejar dateline yang tak pernah putus2. sehingga semalam..aku lupa bahawa anak2 aku memerlukan aku.

wahhh!!! berdramatik plak. it's not me...
ekceli semalam...sepatutnya aku balik awal..ajar anak aku buat ulangkaji memandangkan hari ni adalah hari peperiksaannya. tapi semalam..di saat jam menunjukkan angka 9 malam..aku masih lagi mengadap benda busuk ni di opis...dengan tekunnya. oohhh!!! ibu apakah aku ini.

paling sedih, bila aku balik ...masa tu dah around 9.45pm..bibik aku bagitau..ain tunggu aku balik sebab nak suruh ajar dia matematik...darab dan bahagi katanya. paling mengecewakan..sewaktu aku menjejakkan kaki ke rumah aku ....anak2 aku sudah pun melelapkan mata...

but!!!! aku bukanlah seorang ibu yang terlalu lembut hati...sekali lagi it's not me...so dalam kol 11 camtu...lepas aku mandi, solat...beristirehat...tengok tv seminit dua...dengan kejamnya aku kejutkan anak aku bangun. suruh study. waaaahhh!!! harus ain nanti boleh jadi angkasawan.

so, bermulalah arena ajar mengajar, rajuk merajuk..sambil2 tu aku pun buka laptop..sambil mengerjakan benda busuk ni skali lagi. macam hampeh. then berbual2 la dengan anak aku...

aku : cikgu dah ajar ker darab bahagi?

ain : tak lagi..

aku : habis tu kenapa kakak nak belajar sekarang?

ain : takut cikgu tanya esok

(advance rupanya anak aku ni..ye ler math darjah 1..blajar 1+1, bilang menaik..menurun...agaknya dia bosan kot)

aku :..dah333333(50x) cikgu tak ajar tak payah belajar lagi..tunggu tahun depan.

(padahal aku malas nak mengajar..otak dok concentrate dengan lappy...coding yang macam cacing)

ain : mama buat keje ker?? kakak tak nampak macam mama buat keje pun

(dia heran kot..kalo papa dia nampak lukis2 drawing..aku ni lukis cacing)

aku : keje ler...tengok ni. kakak nak tak keje macam mama bila besar nanti?

ain : tak nak..keje macam mama sibuk..banyak keje..asik balik lambat jer. kakak nak jadi angkasawan la mama. keje seronok. boleh terbang kat bulan.

(ooowwwhhh...selama ni dia dok buat kajian rupanya..kesian diorang...nak buat camner..dapat mama workholic pastu workgroup pastu workshop..pastu workmereng)

aku : dah333 ..!!! gi tido..dah lama dah belajar. nanti kalau banyak2 lagi tak faham. (dengan harapan anak aku tido dan aku leh berboxing dengan benda busuk ni)

ain : ye lah...

so, malam tadi...aku sambung siapkan benda bangang ni sampai kol 4 pagi. sungguh!!!...melibatkan diri dengan benda ni telah merampas separuh dari kehidupan aku dengan keluarga aku. nak menghasilkan benih pun payah.

pada sesiapa yang berminat nak jadi system analis..fikirlah 44kali...sampai mati pun takper. tambah2 lagi kalo anda seorang wanita yang anggun seperti aku. setelah 8 tahun aku berkhidmat dalam bidang ni...aku dapati dan pasti keje yang paling sesuwwwwaaaiii bagi wanita adalah GURU...u have a time 2 spend with ur famili.

aku selalu teringat kata kakak aku. biarlah jadi guru orang pandang keje bawahan...tapi masa yang dimiliki oleh seorang guru adalah lebih bernilai daripada masa yang dimiliki oleh wanita korporat. kita takkan dapat mengundurkan masa semula untuk melihat anak2 kita membesar. setiap detik yang berlalu itu takkan berulang. kakak aku...walaupun dah ditawarkan menjawat jawatan tinggi dalam KPM beliau masih menolak....katanya biarlah dia hanya menjadi guru biasa...JANJI gaji naik!!. ya lah setelah berkhidmat selama 15 tahun...disekolah yang sama sejak hari pertama beliau mendaftarkan diri sebagai kakitangan kerajaan.

eh!!! apa citer aku ni...melalut kan..ok sambung lagi...

aku rasa..sejak aku berkhidmat di sini...box telah mencuri banyak masa aku...dan aku tak halalkan. aku harap sangat222 lepas ni..aku boleh balik keje cam biasa. kol 5.30pm. bukan lagi kol 8 malam ke atas.

tapi rasanya hari ni cam kena balik lambat jer lagi....esok user nak testing....

bangkahulu betul!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

  1. ahahahaha
    bukan pilih jd SA la jd la programmer cam aku
    perangai cam haram

    ReplyDelete

Jom Mengomen...