Wednesday, July 20, 2016

Mood Selenga

Assalamualaikum semua..



"Nabi Adam masa dicampak keluar dari syurga, baginda tak salahkan Hawa. Tak salahkan syaitan yang menghasut mereka. Tapi segera mengakui silapnya. Terus minta ampun dari Allah. .
.
Nabi Yunus masa ditelan ikan, baginda tak salahkan sesiapa. Tak salahkan kedegilan kaumnya. Tapi terus-terusan mengakui kesilapan dan merayu keampunan. .
.
Akhirnya Allah Yang Maha Belas Kasihan pun berasa kasihan lalu bebaskan mereka dari penderitaan. Allahu Akbar. Para Nabi yang mulia pun tidak pernah malu mengakui kesilapan. .
.
Kita? Bila susah, boleh pula tanya.. "apalah dosa aku ya Allah?". Bila ada masalah, terus tuduh orang ni salah, orang tu salah. Alahai.. sombongnya kita! Bodohnya kita sebab tak nak belajar dari sirah. .
.
Kalau terus nak buat sombong bodoh macam tu, jangan nak hairanlah kalau hidup kita asyik ditimpa malang. Jangan pelik kalau hati kita tak tenang-tenang.
.
.
Sungguh. Allah itu Maha Adil. Kita yang degil!"





No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...