Tuesday, July 12, 2016

Raya 2016

Selamat hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan batin..

Tudia..baru nak wish..
hatta...dok opis sunyi sepi..macam stay dalam gua
lalu gi toilet..kiri kanan takde orang..wowww
kalau kat opis lama...memang nak cari nahas kalo kosong camni...mau lepas naik keje kena panggil sorang2 ngadap.

Alhamdulillah..time balik dari KL ke Kedah..jalan kosong.  6 jam dah sampai kedah.  first time balik raya tak sangkut dalam jem. Tapi bila balik ke sini..16 jam.  rasa lenguh paha. bila turun kereta jalan pun tersenget2.  punya la kronik lenguhnya tu.

dari gurun sampai ke sungai buluh...jalan tersenguk2.  tapi sebab dah prepare dalam kepala hotak aku ni...memang akan berhadapan dengan jem..maka takde la aku terkejut sangat.  sebab dah bajet2 dah akan sangkut.


jalam jem...kete tak begerak.  masa ni aku dapat bayangkan kalo orang nak terberak...jenuh mencicit dalam kete. kalau yang ada anak kecik camna la agaknya


Gambar mak n ayah...susah betul nak dapat gambar berdua camni.  selalu sorang kat depan sorang lagi kat dapur.  nak duduk besebelahan ni payah sekali. 



Gambar kami dengan mak.  alhamdulillah senyum mak...selalu penat ja.  tapi sepanjang cuti raya baru ni...mak ok.  takde nak penat2 sangat dah.  sekali jer gi klinik amik gas.  mungkin mak happy. anak cucu semua balik. ataupun nak penat pun tak sempat dah.  kalut.  hari sebelum raya...mak sibuk balut keupat palas.  3kg. seronok katanya.  cucu2 suka makan. 

Gambar agak blur.  mak n ayah bersama cucu2.  11 orang semuanya.   

 Anak2 aku...susah betul nak amik gambar bertiga.  asik kehulu ke hilir.  tu pun sikecik tu kena tangkap and pegang.  kalau tak tak lekat kat situ.  Lupa pulak nak snap gambar kami gi solat sunat aidilfitri.  dah la first time bawa si hero tu


Alhamdulillah raya kali ni amat meriah.  selain dari dapat berkumpul adik beradik...kami dapat menziarahi orang2 tua dikampung.  Toksu, Tok lang...Tok Ndak..Tok Wa..MakNgah...sedara mara yang dah uzur..yang tak leh bangun..yang tak pernah jejak kami ke rumah diorang..kali ni kami sampai juga ke rumah diorang.   Banyak pulak masa kami kali ni.  Selalu tiap2 tahun kami memasak...so..asik melayan tetamu datang..menghidang..membasuh..memang tak sempat la nak menziarah.  so tahun ni kami pakat adik beradik..tak nak masak...sapa datang..kita hidang kuih raya and ketupat ja. motto raya tahu ni...berjalan sampai lebam.  

Raya ketiga..si Aina dan si Ammar semput la pulak.  klinik area ayaq itam ni biasalah..tak kira bangsa..cina india semua tutup.  seminggu pulak tu.  so..aku meronda sampai ke perlis cari klinik yang buka.  merata2 masuk pekan kangaq.  last2 jumpa sebiji jer yang buka..klinik Mahadir.  tu pun...sorang ja yang keja.  dialah amik nama..dialah bagi ubat..dialah check.  itulah doktor mahadir.  yang bestnya pekerja dia semua cuti. 

dah kata sampai arau perlis kan..maka kami lajak la ke Padang Besaq..walaupun jam dah 4 petang. memang plan dari KL lagi nak g padang besar balik kali ni...dah 2 tahun tak jejak kaki ke sana.  so..petang tu sampai2 terus la aku oder pulut doyan dengan tomyam kelapa.  fuh!!! lupa anak semput kat sebelah.  mak pulun dulu. lupa pulak nak snap gambaq.  almaklum la....kebuluran...lupa semua. sampai umah kol 9 malam...sambung lagi beraya sampai kol 12 tghm malam.  wahhh!!! motto raya kali ni agak tercapai.  berjaya.

Sekian..takde mood nak mengarang.













No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...