Saturday, January 09, 2010

BerchenTa

Pagi2 lagi aku dah on lappy...gune berukben...buka our new portal. Boring betul.dengan kelembapan berukbend yang macam patah kaki takeh melompat..nak buka satu2 page macam hampeh. Camner nak buat data migration nih??!!!..kalau nak back pun amik masa 40 minit. Hangin betul aku!!!! Kalau camni 40 thn pun belum tentu leh siap.

Malam tadi masa aku lepak2 dengan anak2 aku sambil tengok tv, tiba-tiba si kakak datang kat aku..tunjuk dagunya yang tiba2 sakit. Sekali aku tengok tup..tup!

aku :eh! jerawat ker apa ni? ain :bukan jerawat...kalau jerawat dah macam orang bercinta..
aku :kakak bercinta kot kat seolah???
ain :mana ada! kat sekolah ni, kakak tak bercinta, kat Smart Reader tu kakak bercinta la

Mak datuk terkejut beruk aku..anak aku baru masuk 6 tahun dah pandai bercinta. Masa Smart Reader dulu baru 5 tahun..masa tu aku ternampak juga surat chenta dari budak nama hakimi tu..aku nak tergelak la juga...tulis pun tak betul lagi, ada hati nak bercinta dengan anak aku.

aku : macam mana kakak bercinta, hakimi tu bukan ada apa..kete pun takder, nanti camner nak bawa kakak gi shopping...(ala..anak aku cam aku juga, mata duwitan)

ain : kete papa kan ada dua, minta kete papa ler...tapi kakak nak kete kancil, kecik sikit.

Sudah!!!!!!!!!!!.....nampak dah..kecik2 lagi dah berfikir jauh ni. Dah ada matlamat. Haru aku!!!! kena control besaq22 ni. Kompom darjah 1 aku paksa pakai tudung labuh..takyah seksi and rugged2 cam sekarang. Pastu aku kena hantar dan aku kena amik. Patutler...dah nak pakai deoderant, nak pakai minyak wangi...bahaya sungguh.

ni ler anak aku..

Budak2 sekarang lebih maju ke depan...kalau tau kat mak aku, kompom dia suh hantar balik kampung..aku dulu kalau sebut jer nak berchenta kompom kena kurung dalam rumah takleh keluaq. Betul kata mak aku dulu "nanti kalau hang dapat anak perangai macam hang baru hang tau!!!!!!!" Kalau ler aku boleh pusing balik, aku nak buat perangai elok2...nak jadi wanita melayu terakhir......sopan siiiuuuutttttttt!!!!!

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...