Tuesday, January 05, 2010

Demam Denggi

Selamat tahun baru 2010…maka dengan bertambahnya tahun ni..bertambah lagi ler umur aku rupanya…cam tak sedar la plak!!!!!!!!!!!..Dah lama aku tak hapdet blog aku ni..kesibukan dan kemalasan melanda..macam tsunami. Tak boleh nak lari2 lagi.

Bermula dengan sambutan aidiladha haritu dimana aku menyambutnya di spital. Raya yang sungguh tak bermakna…Ain kena demam denggi. Pertama kali dalam sejarah. Fuhhhh!!!!!!!penat giler menjaga orang sakit.. 9 hari aku tak on laptop..tak check emel…tak buka blog..tak buka facebook. Hilang mood….hati aku yang risau lebih mengatasi perasaan nak bersosial. Masa tu aku dah pedulik pasal portal keparat….tak hengat pasal intranet…lupa pasal box…yang penting anak aku kembali montel dan sihat. 9 hari tu jugalah…aku sangat susah hati…tu baru anak aku demam denggi..macammana agaknya mak2 yang anaknya ada penyakit kronik..lagi giler ler gamaknya.

Ni la gambar anak aku….masa ni baru demam kat rumah. Muka dah merah222… aku tak sangka la plak petanda denggi. Maklumler buta kayu sket. Ingat demam biasa jer..sehari sebelum tu dah check darah kat spital..tapi tak dapat detect lagi…

Esoknya aku trus gi Colombia Asia Hospital…check darah terus platlet nya tinggal 98. Aku tak berapa faham sangat masa tu. Doktor cakap kalau platlet dah turun sampai paras 30 ke bawah maknanya dah bahaya…so kena ler tahan wad. Masa tu aku plak yang terover sedih dan takut. Ingat senang ker mau beranak sorang2..mula ler kepala aku ni gatai nak pikiaq bukan2.

Kat atas tu gambar dia kat spital..yang baju kuning tu pulak, si Aina yang sibuk nak menjaga kakaknya. Maklumler dari kecik tak pernah berpisah. Aku plak yang pening..daripada kena menjaga sorang trus jadi 2 orang. Nak rehat pun tak boleh…tengok bilik tu..dah jadi cam rumah sendre plak..sepah segala macam..

Pengalaman kedua aku menjaga anak kat spital…penat giler siuttt….betul ler kata orang..jaga orang sakit..kita pun jadi sakeet. Tapi best tol spital ni..ala2 hotel. Nurse pun baik2. Kalau tak baik kang..aku pelangkung naik ke langit. Aku bayar mahal2222..nak eksen. So..aku promote kat kawan22…kalau sakit2 gi ler kat spital ni. Best wwwoooooo!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...