Saturday, November 06, 2010

Diari Terbuka

hari ni aku boring...tak tau nak buat apa. so, aku nak rumuskan kategori2 entri aku pada blog ni. pada sesapa yang baca blog aku ni mesti tau persekitaran keje aku...hobi aku...famili aku...pasal entri aku tak lain tak bukan asik2 berkisar pada benda yang sama sahaja. so..aku nak ceritakan kehidupan aku sebagai seorang wanita, seorang pekerja, seorang isteri dan seorang ibu.

Sebagai Wanita

sebagai wanita lain..aku juga menggemari fesyen..kecantikan...dan kesihatan tubuh badan. cuma sebelum ni aku jarang bergambar...sebab keadaan aku yang boolat dan tembam..jadi aku agak kurang berposing di depan kamera. malas!!!!!!!!..so..ada entri2 aku yang mengupas pasal kisah diet aku..pasal pemakanan aku..pasal aktiviti aku..especially...futsal dan swimming...pasal tips2 dan motivasi yang boleh dikongsikan bersama..

Sebagai Pekerja

tugas aku sebagai system analyst memaksa aku sentiasa tertekan. hari2 ada miting...hari2 ada dateline yang aku kena kejar..hari2 aku kena masuk bilik yang kami panggil bilik sembelihan...hari2 kena entertain user...dan ada juga hari2 kena marah...sampai menangis air mata darah. huhuhu...

sekarang plak..aku dah jadi dealer herbalife...jadi tugas aku makin bertambah...sekarang hari2 aku layan customer...jadi kena ler pandai2 bahagikan masa. kalo dulu hanya laki aku sorang jer mengadap komputer kat umah siapkan drawing...sekarang dengan aku2 skali...mengadap lappy..

Sebagai Isteri

sebagai isteri pulak...jarang ada entri aku kan??? entri masak2 pun tersangat jarang...walaupun aku kerap memasak. bukan apa..setiap kali masak..tak sempat nak snap picca..makanan telah habis di baham oleh en somi ku...lagipun kalo depan en somiku ..aku malas nak berpicca222 atau berposing22...nanti kena kutuk hangit. malas aku!!. lagipun aku ada bibik...banyak keje umah diselesaikan oleh bibik aku. jadi tak banyak ler kisah yang aku nak ceritakan...heheh. citer2 dalaman bahaya lah nak citer kat blog aku ni. walaupun laki aku jarang baca blog aku ni..tapi adik ipar aku rajin buka blog aku ni...kang mampus kalo disampaikan pada laki aku.

Sebagai Ibu

ini banyak dalam entri aku..sebab life aku banyak dengan anak2 aku. mereka adalah kawan, penghibur dan penaik kemarahan aku. ada masa mereka buat aku ketawa...ada masa plak..sebab mereka aku jadi raksasa.

aku bukan jenis orang yang rajin baca suratkhabar...kalo baca pun aku lebih suka baca kolum hiburan. Nak tengok berita lagi la payah...time pukul 8 tu ler aku baru bekejar2 nak solat maghrib pastu nak sambung solat isyak...buruk perangai kan?? jadi nak kupas isu2 semasa dalam blog aku ni amatlah payah...so..paling senang..blog ini menjadi medium untuk aku mencoretkan kembara hidup aku sebagai seorang wanita, pekerja, isteri dan ibu. ada pahit manis dalam setiap coretan aku. mana tau suatu hari nanti akan jadi kenangan paling indah dalam hidup aku.

blog ni cam dah jadi diari plak kan??? dulu zaman2 remaja...sanggup beli diari yang berkunci...pastu simpan plak sorok2 sampai aku sendiri lupa letak kat mana. tapi sekarang ni diari terbuka...takder nak kunci22 takder nak sorok222. semua orang boleh baca pastu boleh plak nak komen22...hebat tol teknologi zaman sekarang...dunia tanpa sempadan.

p/s : agak2 orang baca tak diari terbuka aku ni???

1 comment:

  1. tak suka buat diary sbb dlu pena try nk buat stgy abg bce. =='
    tros tak hingin nk buat diary lagi.
    haha

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...