Tuesday, June 28, 2011

pesanan terakhir seorang lelaki


tajuk macam gempak...isi haprak!!!!



3 buah nobel yang aku beli masa kena betugas kat PICC hari tu. sampai ke hari ni..sebuah pun tak khatam lagik. kasih yang suci pun statik kat page 18. bila lah aku nak habiskan. ada lagik 5 buah aku beli awal tahun baru ni...karya norhayati berahim. itu pun langsung tak terusik2 lagik. berdosa betol kan????...membazir!!!!!!!!!!.

baru malam tadi aku habiskan drama nora elena. bila dah abis nengok rasa malas pulak nak baca kasih yang suci tu. dok terpikir2 nak baca pesanan terakhir seorang lelaki.

"Dia selesa hidup di dalan keserhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayah lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kepada empayar yang dibina. Tercabar dan dicabar, tidak menjadi kudis padanya. Melayan rasa sakit hati jua hanya membuang masa. Dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan ini bukan ukurannya"

macam best kan citer ni....nak baca. tapi tak tersempat2 lagik. macam bizi benor la plak aku ni kan??? kalah jadual dan kebizian rosmah.

tapi mana best kan??..baca tu sket..baca ni sket...last2 sumer tak terbaca.

bila tengok drama nora elena..barula aku paham why wanita2 di luar sana angau gilok dengan seth tan. memang romantik beb...kalo kat luar aku rasa mau kena tinggal. uhuhuhu. kalah citer nurkasih plak...rasa seth tan lagik romantik dari adam...karakter nampak idup kalau nak dibandingkan dengan adam...nampak benor dibuat2. tapi laki aku pun romantik jugak...romantika di tampoi...lagi advance..hahahahaha.

p/s : alapak!!! dah dekat kol 2. kang puspawangi minta report..aku tak siapkan lagi. see...kan aku dah cakap..kebizian mengalahkan menteri.








6 comments:

  1. chem,
    kebetulan aku baru je selesai baca novel norhayati berahim pesanan terakhir seorang lelaki tu minggu lps. best, baca tkley letak tepi.. xpecially bila smpai part-part panas tuh.. habis dlm satu hari. dok bergolek meniarap baring duduk smpai dh tatau nk posing cemana lg.. huhu..

    dh lama tk bace novel norhayati berahim yg ade kick camni. novel dia skrg dh tk mengancam. dukacita, aku dh stop beli novel-novel baru dia. mintak maaf la yer cik puan NB.

    chiao!

    ReplyDelete
  2. aha la..hari tu aku gi MPH...banyak plak nobel lama dia dikeluarkan balik. agaknya sebab ramai orang komplen kot.

    ReplyDelete
  3. saya rasa novel NB yang ini paling tak best! minta maaflah... saya ni taklah alim sangat tapi PTSL seolah-olah membenarkan cium2 bibir sebelum bernikah. saya baca masa keluaran pertama dan bila dicetak semula saya tersenyum sahaja. Sebab, saya tak sangka NB sanggup biarkan ceritanya yang sebegini diterbitkan semula tanpa sebarang edit. kawan saya yang baru membelinya pun terkejut.

    ReplyDelete
  4. anoy..yer ker citer dia macam tu...sampai sekarang dok kat page 4 lagik. tak habis2 baca lagik. selalu citer dia ok jer...

    ReplyDelete
  5. citer yang selepas itu rasanya semua okey cuma PTSL sahajalah. kalau masa cetakan pertama mungkin waktu itu NB pun terikut-ikut dengan penulis sedia ada.. time tu saya memang banyak baca novel yang seolah-olah membenarkan aksi cium mulut mulut.. skarang ni bila ada permintaan ramai diterbitkan semula, langsung tidak di edit bila part2 yang itu..

    ReplyDelete
  6. balik nanti nak baca sampai habis. sabtu ahad pulun baca novel. ada lagi 7 novel tak baca ni. 6 karya NB. jenuh pulun. tak pernah baca lagi novel yang ada aksi comolot ni. 1st time dengar.

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...