Sunday, September 18, 2011

Aina Demam lagi

Aina demam lagi...
Tiap2 bulan mesti demam. Aku tengok tarikh last aina ke klinik sebab demam ialah pada 28 ogos lalu. Kira baru lagi. Tak sampai sebulan. Ni pada 15 september dia demam lagi...tapi demam kali ni benar2 membuatkan jiwa aku kaco dan tak tido malam. Suhu badan mantain 39 sepanjang hari. Aku tak kemana2...open house umah kawan2 pun takgi. Duduk sebelah dia..jelom jer kepala.

Aku rasa sejak bibik aku balik indon dan aku hantar dia ke nurseri...dia selalu sakit. Kalo dulu...3 bulan baru nak demam. Sekarang tiap2 bulan. Aku pelik juga..adakah sebab dari kecik..dia memang dok umah ja...tak bergaul dengan budak2 lain. Jadi kebarangkalian penyakit nak berjangkit amat sikit sekali...atau ada sebab lain? Wallahhualam....aku taktau.

Malam tadi kol 2pagi...tiba2 aina menjerit...menendang2 aku. Bila dia pandang aku..dia menjerit macam nampak hantu. Aku apa lagi...jerit panggil papa dia yang sedang siapkan drawing...cepat2 aku peluk dia walaupun dia meronta2 nak lepaskan diri. Masa tu aku tak nampak muka dia. Rasa cam muka orang lain. Betul...pengalaman kedua aku...1st rxperience dulu...dengan anak sedara aku. Aku buka iQuran dalam handphone..surah yasin letak ujung kepala dia....pastu dia tido elok jer sampai ke pagi td...walapun badannya panas. Mungkin malam td..kol 7 aku keluar umah bawa dia cari klinik...time2 maghrib.

Hari ni alhamdulillah....kesihatan dia nampak ok sket. Pagi2 tadi, dia minta nak breakfast kat mcdonald...so, kami sekeluarga bekpes ala2 omputih la tadi...tapi memandangkan laki aku spesis makan berat pagi2...pas balik dari mcd
onald, order pula nasik ayamas. So, x memasak la aku hari ni. untuk jemputan open house hari ni...aku rasa aku tak boleh pegi lagi. Takut demam dia naik balik...lepak umah ja lah.

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...