Thursday, September 29, 2011

La Tahzan - Part II

Salam semua...

juz nak inform ..aku dah beli buku La Tahzan...rega RM25.90 kat MPH Alamanda.
Baru 2 hri dok baca...
kesimpulan..sungguh best. dan aku tak rasa menyesal beli walaupun ada 8 buah buku ilmiah + novel yang aku beli tak berusik lagik.
rasanya...yang ni akan habis dulu aku baca..
so, aku nak syer dengan korang sket...intipati La Tahzan mengikut bab ya..dan aku akan hapdet sikit demi sikit mengikut tahap pembacaan aku..

5. Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan
dan mereka tidak pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke liang lahad, menaiki tangga ke lagit dan berpisah dengan mereka. adapun apabila anda masih berada ditengah2 mereka, maka akan ada selalu perbuatan mereka yang boleh membuatkan anda bersedih dan menitiskan air mata, mengalirkan darah kematian anda dan mengusik ketenangan anda. Tapi perlu diingat...orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati.
Mendalam kan maksudnya....jika kita terusik dengan cemuhan orang bermakna kita merelakan mereka mencemuh dan mengotori jiwa kita...cekallah seperti batu bata yang tidak pernah terusik walaupun ditimpa salji.

6. Berharaplah akan redha Allah semata2.
Anda tidak perlu terkejut jika anda menghadiah kan pena kepada seseorang dan seseorang itu menggunakan pena tersebut untuk menulis cemuhan kepada anda. jangan terkejut, apabila orang yang anda berikan tongkat untuk mengiringi kambing gembalaannya menggunakan tongkat tersebut untuk memukul kepala anda. itu semua adalah manusia yang tidak pernah bersyukur...dan jika mereka boleh mengingkari Allah..jangan diharap untuk mereka hormat kepada kita. dan kita harus bersyukur kerana boleh berbuat baik disaat orang lain berbuat jahat kepada kita.

7. Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada
ketika diri anda diliputi kesedihan, kegundahan dan kemiskinan, berbuat baik lah kepada sesama manusia nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati.kita akan merasa kebahagian dalam semua aspek kebahagian kita.

8. Usirlah kekosongan dengan kesibukan
apabila suatu hari anda merasakan diri anda menganggur tanpa kegiatan...bersiaplah untuk merasa gundah gulana, sedih dan cemas. sebab dalam keadaaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang memikirkan kisah2 silam...memikirkan luka2 hati..memikirkan masa depan..menyesali kesialan. sibukan diri anda dengan apa cara sekalipun...kerana membiarkan diri anda kekosongan sama seperti anda membunuh diri.

9. Teguhkanlah keperibadian anda
hiduplah sebagai mana anda diciptakan. jangan mengubah suara anda dan jangan mengubah gaya berjalan anda. tuntunlah mengikut wahyu ilahi... tetapi jangan melupakan keadaan anda dan jangan membunuh kemerdekaan anda sendiri. anda adalah lain daripada yang lain..tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam sejarah kehidupan. janganlah kita menjadi orang yang tidak berpendirian..

10. Terimalah qada dan qadar Allah
saraf anda akan tegang....kegundahan anda tidak akan reda dan kecemasan di dada anda tidak akan pernah sirna selagi anda tidak menerima qada dan qadar Allah. tinta pena telah mengering bersama dengan semua perkara yang anda temui. jangan biarkan diri anda larut dalam kesedihan...jangan sangka anda boleh menahan tembok yang akan runtuh, membendung air yang akan meluap, menahan angin agar tidak bertiup, memelihara kaca agar tidak pecah. tidak ada benda yang boleh dikawal..kerana apa yang digariskan akan terjadi tetap akan terjadi. setiap ketentuan akan berjalan dan setiap keputusan akan terlaksana.


best baca buku ni....selalu aku kalo baca buku speed mesti laju...tak sabaq nak sampai penutup...nak tau kesudahan..tapi kali ni aku baca peeellllaaaann.....peeeelllaaannn...nak masuk dalam otak meresap ke hati.

paling best setakat ni aku baca...kita hidup untuk hari ni..tak yah ingat hari semalam...dan tak payah nak gatal2 meramal masa depan. hidup macam hanya ada hari ni untuk kita. buat baik sehabis baik. betol jugak. kita ni suka pikir masa depan yang tak tau macammana....padahal Allah dah menetapkan esok kita akan jadi apa. jadi jalanilah hidup seadanya.

nanti aku syer lagik ya...lenguh tangan menaip.

2 comments:

  1. sue slalu baca buku ni hadiah dari lecturer sue... =.)

    ReplyDelete
  2. seronok...satu2 bab paling panjang 3 m/s jer...so..tak payah nak berjela2..terus ke point

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...