Monday, September 12, 2011

Hantu Bonceng



sejak 2 menjak ni..aku tiba2 jadi penggemar movie. asik2 nak tengok movie...tak cukup dengan kawan2...dengan anak2 aku heret sekali.

hari ni...aku nengok citer 'hantu bonceng'. jangn ditanya pukul berapa....sebab pukul itu adalah rahasia. hahahaha. plan nak tengok citer ni dah lama dalam kepala hotak ni...tapi asik tetangguh. minggu lepas 2 kali aku gi nengok citer 'the smurf'. sekali dengan anak2..sekali lagi dengan kengkawan. kali ke dua tu...pas habis hotdog dengan popcorn aku telan...aku belasah tidoq. yang paling best time bulan puasa dulu....tengok citer 'final destination 5'....ada plak sang tikus pi gigit kaki aku. tersentap aku. takut!!!ingatkan toyol. kena pulak betol2 dekat ibu jari kaki. aku syak tikus la...sebab masa tu, sumer orang puasa...tak makan. aku sorang jer bawa bekal hotdog masuk dalam hall tu. mesti tikus tu jeles dengan aku. tapi tak tau la kot2 toyol disiang hari....seraaaammmmm!!!


SINOPSIS
Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

bagi aku citer ni boleh la dibagi 3/5 bintang. setakat nak gelak2 time tensen tu bolehlah. paling best dialog2 dalam filem ni....time zahid cakap "asik2 aku je kena handle mat rempit, ntah apa la dosa aku masa belajar dulu".....teringat time aku belajar.....meniru assignment...tu yang bile keje selalu susah tu...balasannnnnnn!.

tapi ada orang cakap citer ni persendakan agama islam. ada la sesetengah part tu aku rasa tak logik jugak. tapi dah nama citer kan?????......cer citer cer citer jer ler....mana leh nampak perfect. aku rasa takder satu pun citer hantu kat mesia ni yang betul2 ikut islam...semua main tarammm ja. sampai ke tahyul pun ada. cuma citer ni lebih pada lawak la...takder ler seriesss2.

komen dari seorang penonton...aku cilok dari abang nara...

"citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x.."

setiap orang leh bagi pendapat kan...kita kan negara demokrasi. nak buat filem nak stadi tekak semua orang pun payah lah...cam aku jugaklah..nak buat sistem nak kaji keperluan pengguna satu dunia ni susahlah....so, amik jer mana patut. yang baik kita ikut...yang buruk jadikan sempadan. kalau tak tengok yang buruk...kita tak kan tau nak menghargai yang baik...betul tak???..

ok...chow dulu. mau siapkan paperwork. esok ada miting..pagi n petang.



No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...