Monday, June 11, 2012

Training bermula hari ini...

Salam semua...salam pagi senin. Gumbiranya sebab aku masih bercuti dengan riang ria. Korang2 mesti meleleh jer kan nak gi keje hari senin...ater mandei blues. Huhuhu

Hari ni semangat baru...azam baru.nak train si ammar memulakan kehidupan persekolahan. so...pagi2 lagi aku dah standby semua. Basuh baju..mop lantai...sapu sampah...lipat kain..masak. Konon2...kol 9 dah nak kejut dia mandi...sekali ko..tidonya masih ternganga lagik. Tak sampai ati lak nak kejutkan. Kang nak tido balik bukannyasenang.

Lagi 2 minggu aku dah kena ajar dia gi sekolah. Cian dia. Kadang2 rasa nak jadi surirumah sepenuh masa. Nak besarkan anak sendiri. Tapi yer ler....sayang plak nak tinggalkan kija aku ni. Sapa nak bagi gaji riban2. bila memandang masa depan..baik aku kija. Mana tau kan naseb kita nanti. At least ada sumber kewangan yang mencukupi untuk menanggung kehidupan kita sendiri. Fikir anak memang rasa nak berenti keje..tapi bila fikir2 40 kali...demi anak2la kita kena keje. Kang apa2 jadi...sapa nak bela kita kan???...len la ko ada bisnes sendiri. Leh la jadikan sandaran menumpang senang. Aku plan nak buka bisnes la...tp apa yang best sekarang ni...nak buka butik melambak dah...nak buke kedai makan...mcm ler ko terer masak kan...nak buka franchais smart skul....tu best gak tu...dalam pertimbangan sekarang ni. Nanti aku survey apa yang diperlukan...

3 bulan kat umah....rasa badan makin lemau. Nak kata x kija...buat kija jugak. Aku la maid...isteri..ibu. Patutnya dah kuruih la jugak. Ni baru turun 13kilo sejak beranak hari tu. Lagi 6kg mau turun...mampus. Tapi aku yakin aku mesti boleh. Langkah pertama isi air kosong 2 liter dan sila habiskan dalam sehari ni....pastu malam kang tambah lagi 1 liter. Giler kembong air aku pas ni.





Seperti ini. kalau mak aku tengok mesti kena marah. Orang tua2 kan pantang kalo minum air banyak pas beranak. Tapi demi keseeehatan diri..aku langgaripantang itu.




Ammar masih enak dibuai mimpi. Dah ko. 9.30 dah nak oooiii. Bangun la. Rosak azam mak ko ni nanti. Jom bangun prektis skul.

Oklah...aku nak kejutkan ammar...mandi..bagi susu dalam botol..pastu tidurkan dia balik. Atas tilam. No buai2. Prektis mek perfek. Harap2 berjaya hari ni. Pastu aku nak tido...sebab malam tadi tido kol 3 pg...gara2 ammar ajak deting pagi2 buta. Kang dah stat keje...jangan harap nak leh tido.

P/s: patutnya hari ni dah naik keje....3 bulan dah. Tapi naseb baik..syukur...cuti sebulan disambungkan lagik. Tinggal la 29 hari cuti aku tahun ni. Harap2 cukup untuk menampung hidup aku sampai ujung tahun ni.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. semoga ammar menjdk anak yg soleh..amin

    ReplyDelete
  2. Misi kandas hari ni. Ammar mengamook takmo tido tilam. Terpaksa buaikan. Harus dicuba lagi petang ni.

    ReplyDelete

Jom Mengomen...