Friday, June 22, 2012

Kesah Seorang Budak Tecit

Lagi 17 hari...
Berdegup jantung...minggu depan dah kena start hantar ammar ke nuseri. Lagi 19 hari...aku secara rasminya akan berjaya menjadi ibu yang menyusukan anak secara eksklusif selama 4 bulan. Ya...berjaya akhirnya.



Ini hasil perahan pagi ni. Separuh aka 3.5oz dah selamat masuk peti..selebihnya dah masuk ke prot ammar.




Ebm ammar..dah tinggal sikit. Ada yang aku dah buang. Contohnya cam yang dah dua bulan tu aku dah buang...ada skali tu aku rendam dan bau...pelik semacam jer. Yang ada sekarang ni semua bulan 6 punya. Bulan 5 ammar dah berjaya habiskan untuk sesi training minum di dalam botol. Sekarang dalam usaha untuk menggantikan balik ebm yang dah makin berkurang tu.



Gaya budak nak tido. Segala macam puting aku dah beli..dari pigeon, fiffy, avent, mam dan latest tomme tippie. Semua dia xmo..jarinya jugak yang sedap. Sekarang ni dah tak pakai sarung tangan...lencun dengan air liur dia jer. Pastu tenyeh kat muka sendre...last2 aku togelkan jer tangan tu.

Dari atas tilam..sekarang aku angkat masuk buai...ni yang masih kandas lagik. Kompom cikgu kat nuseri penin pala nanti.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...