Friday, May 06, 2011

Bibik Aku Takderrrr...

keje setamboon...tapi aku still nak hapdet. memandangkan hari ni hari jumaat dan rehat yang panjang aku telah dirampas oleh bos aku...maka aku bercadang untuk merampas kembali masa aku yang telah dirampas oleh bos aku sehingga membuatkan aku tidak sempat untuk makan. panjang sungguh reason aku ni...tapi logik kan??? bukan setakat logik..malah lagi adil.

2 minggu aku agak kepenatan...apa tak penatnya..bibik aku balik indon untuk 2 minggu. so, dalam 2 minggu tu aku lah jadi bibik. penat siiiuuuuttt!!!!!!!! seawal 4.30am aku dah bangun dari tido. first aku buat...campak baju dalam washing machine...putar...then moop lantai...pastu sapu sampah...susun pinggan mangkuk yang telah dibasuh malam tadi...kemudian prepare untuk masak. penat oooiiiii tak de bibik ni. maklumler dah 4 tahun bibik aku stay dengan aku. 4 tahun aku tak pernah pegang seterika...sekali bila nak seterika baju sekolah anak...aku dah teragak22 mana nak seterikan dulu. peh tu....berat plak seterika aku tu...national panasonic yang berat macam batu tu. tu pun hadiah kawen aku 10 tahun lepas...aku tak pernah beli seterika lain untuk ganti. dan semalam akibat kelenguhan tangan mengangkat seterika berat tu...aku pun pegi JJ untuk shopping steam iron....sanggup tu.

orang kata buat2 pejam mata jer kalo tengok umah semak....kena tahan sampai bibik balik. tapi dek kerana aku dah terbiasa rumah berkemas...nak jumpa benda berselerak amatlah payah semasa bibik aku ada maka aku meneruskan acara mengemas, mengemop umah eberidei. penat tapi berbaloooiii...

ekceli masa bibik aku takder...mak aku datang bersama dengan maksu dan sepupu aku berserta anak kecik dia yang berumo 2 tahun. cabaran + ujian = kesabaran. dalam2 bibik takder...aku kena melayan tetamu plak...aku try think positive...tetamu tu kan rejeki...cuma timing tu ngak sesuwwaaaiiii. kalo mak aku jer..leh aku masak apa yang sempat..tapi bila ada tetamu..aku kena la masak untuk tetamu. so, haruslah pinggan mangkuk kena classss....umah kena kemassss sokmo...tempat tido kena cun, makanan kena sentiasa ada...dan ayat2 yang keluar pun kena la bersusun. pakaian pun tidaklah boleh menjolok mata. kalau tak habis satu kampung akan bercerita. tumit kaki jangan cakaplah...sakit gila..betis pula kejang sentiasa. berjalan ke sana kemari...kedapur ke depan..ke belakang..naik tangga tuwun tangga...rasa nak nangis pun ada. tambah2 lagik lepas jer bibik aku naik flight hari ahad..hari senin anak aku kena plak chicken pox. dua2 orang plak tu. bayangkan...dalam kekalutan melayan tetamu...kena juga melayan anak yang demam campak. kelam kelibut...kadang2 kesian kat anak aku....terabai.

orang kata aku kepoh..bibik takder dah tungin terbalik. tapi kenala faham situasi aku. laki aku amatlah cerewet orangnya dan juga amatlah 'rajin' orangnya. mungkin terbawa2 dari keluarga dia. umah kena sentiasa kemas. mainan jangan haraplah boleh bersepah. lantai orang kata kalo jalan boleh nampak bayang spender kat lantai tu. ada sekali 2hari lepas...dia balik keje then mainan anak2 aku bersepah atas meja dia...tu pun kena sound kenapa umah tak kemas. tapi bukan tolong kemas pun...aku jugak kena. heheh..termengutuk plak laki aku kat sini...harap2 takder ler dia baca blog aku ni..kalo tak naya aku. potong elaun bulanan.

minggu depan aku kursus...wahhhh!!!!! dah dekat tengah tahun baru dapat kursus. tapi tak best sebab aku dapat kursus time bos aku cuti. rugi...aku rugi...

2 comments:

  1. Akhirnya akak update juga blog ini...lama tunggu :)

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...