Tuesday, April 05, 2011

Keje Tu Kan AMANAH!!!

tiba2 mood nak update blog muncul ditengah kesibukan yang tak terhingga ni....

Ya!!! aku tengah tensen sekarang...hati aku diulit gundah gulana...risau..bimbang...berkecamuk. saper yang tak bimbang...bila due date makin dekat. Sistem plak masih bertaburan merata2. Ini lah pengalaman ngeri aku membangunkan sistem...dulu aku pernah pressure dengan projek portal korporat. memang aku rasa projek itu lagi hebat dan besar..tapi kerisauan yang aku rasa sewaktu mengendalikan projek tersebut tidak sekuat kerisauan aku membangunkan lid ini. Dulu, walaupun aku membangunkan 10 sistem serentak dalam masa 10 bulan tapi aku masih boleh bertahan dengan adanya vendor yang sama2 menanggung beban. Aku pernah tak tido malam...pernah bergaduh dengan user..pernah menangis sebab pressure...tapi aku tak pernah rasa seteruk ini.

kali ini...walaupun aku masih ada pembantu...masih ada pasukan yang membangunkan sistem..tapi aku masih rasa takut dan cemas....aku tak tahu kenapa...tapi rasa seperti ada yang tidak kena. sungguh sensitif kan???...

lid mengajar aku untuk menjadi lebih optimis dan positip. dari lid aku dapat mengenali pelbagai ragam manusia di sini. ada yang ok ada yang tak ok...ada yang menganggap perkara ini remeh...itu tidak penting....ini tak kisah. tapi tidak memikirkan kesannya pada orang lain. sebagai ketua pada pembangunan sistem lid ini..aku berhadapan dengan ketua yang lebih besar. setiap kali mengadap aku perlu prepare beberapa jawapan yang kadang2 tak masuk dek akal semata2 hendak menutup kekurangan team aku. aku perlu berbohong...aku perlu menipu...kalau tidak mahu mati!.

Tiba2 aku rindukan suasana opis lama aku...aku juga rindukan team lama aku. aku rindukan hafez, rindukan farid...rindukan izani. bukan bermakna bila aku rindu aku boleh menggunakan mereka untuk kepentingan aku. aku rindukan semangat kesepasukanan kami. rindukan semangat teamwork..rindukan semangat bantu membantu kami. malah aku rindukan kepandaian mereka.

mujur...dan aku beryukur sangat2...kehilangan mereka digantikan dengan mr ridhwan dan miss raifana. masing2 ada kekurangan dan kelebihan sendre. raifana...walaupun lemah dalam programming tapi bijak dalam design. malah ringan tulang kalau minta bantuan. sama macam ridhwan...pendiam, tapi bijak. senang nak minta tolong. bagi aku..kepandaian sahaja tidak membawa makna kalau susah untuk bekerja dalam pasukan. aku ingat lagik...saat aku minta ridhwan bantu raifana menyiapkan laporan sap. ridhwan tolong tanpa banyak bicara. samada ikhlas atau tidak hanya Tuhan saja yang tahu..tapi aku kagum. macam tu jugak dengan raifana...bila aku minta makeupkan eHBP...dia tulun tanpa sebarang rungutan. aku mahu membentuk pasukan macam tu. jatuh bangun biar bersama2. tidak berkira keje dan sentiasa menanamkan dalam diri bahawa "hari ini kita bantu orang...esok2 bila kita susah Tuhan akan hantar orang untuk bantu kita". kita boleh buat perangai...kita boleh bencikan sesiapa sahaja..tapi janganlah kerana sikap kita itu, kesannya pergi pada orang lain. ini yang aku hadapi.!!!..penat...aku penat...

kerja itu kan amanah Allah SWT. kita boleh benci orang yang berikan kita keje..tapi kita kena ingat...kerja dan tugasan itu adalah amanah dan tanggungjawab kita. nak tak nak kita tetap kena buat. tambah2 lagi bila kita sepasukan. jangan biar emosi kita mengganggu kawan2 kita yang lain. ingat kata SUB aku....bila kita mati Tuhan takkan tanya pasal orang yang kita benci...tuhan akan tanya tentang tanggungjawab kita di dunia. kita tak boleh jawab...oooowww...sebab saya benci dia...saya tak buat la keje saya. no!!! tak boleh. kita benci sesiapapun..amanah tetap amanah. tambah2 lagi kalo amanah itu punca rezeki kita.

aku juga benci seseorang di sini....tapi nak tak nak aku tetap kena buat juga keje yang diberi. ini tanggungjawab aku. ini rezeki aku.

cukuplah aku bercoleteh di sini...sudah panjang cerita aku..telefon pun asik berdering. jap2 user call..jap2 boss call. okessss..smbung keje chem...melambak lagi keje dok tunggu tu!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...