Friday, April 08, 2011

Kezutan ABPH2010

Tengok ABPH 2010?

Mesti tengok kan...bagi aku ABPH kali ni adalah paling best dalam sejarah2 ABPH yang aku tengok pada tahun2 lepas. selain daripada pengacaranya yang lawak2, kemunculan usop wilcha...persembahan artis2...yang paling best adalah perubahan pada senarai2 pemenang. ternyata top 5 bagi setiap kategori adalah sengit dan tengit sehingga aku tak boleh nak teka siapa yang menang. tapi paling tak best bila fasha sendat menang bagi kategori pelakon tv wanita popular...sungguh aku tak boleh nak terima hakikat tu. aku tak suka dia. ramai jugalah peminat minat sendat ni rupanya. apa lah yang best dengan minah tu. lebih baik aku undi enot daripada undi dia.


tengok lah picca ni...cantik sungguh tiz kan??? tapi mengapa remy ishak ni orang minat sangat ni...kes dengan umi nazeera dulu menyebabkan aku kureng dengan remy. emo jugak aku ni. but...dalam nur kasih..remy is the best actor. aku suka lakonan dia...feeling dia dan tiz. rasa terbuai2 dengan kisah cinta diorang. tambah2 lagi time diorang shoot kat area sawah padi..kat pokok besar tu. memang rasa syahdu la. tapi aku lebih suka kalo tiz kat luar sama macam nur amina kat nur kasih. nampak kelembutan dan keayuan. tapi nak buat camner kan...silalah terima hakikat yang itu hanya lakonan semata2.

aku sebenarnya tak sabaq nak tunggu citer nur kasih ni. bila lah agaknya nak ditayangkan kat pawagam ni. kompom aku akan heret tentera2 aku tengok citer ni. HARUS dan WAJIB. mesti tangkap syahdu..tangkap lentuk dan meleleh air mata. serius...citer nur kasih..aku ulang 3 kali nengok..sampai dvd pun dah calar balar.


kejutan kedua...bila nengok si irma hasmie muncul atas stage pakai tudung. betul ker dia pakai tudung..atau juga hanya lakonan semata2. tapi nampak cantik gitu. rugi nabil ko lepaskan dia. memang pelawak betuller ko ni nabil. lu pikirlah sendiri!!!! apa ke hal lu pegi cemolot222 dengan orang lain..padahal si irma ni dah begitu anggun dan cun. rugi la...tak per irma...lu masih ada peluang untuk dapat pengganti yang lebih hensem dan kaya.

berakhir suda crita ABPH..tunggu ABPH11 akan datang. kompom saingan semain sengit dan tengit.

3 comments:

  1. Irma Hasmie mmg dah imej baru la.tue la imej dia skrg.
    mmg melecun.tabik spring.hope irma kekal ngn imej mcm nie.kan ker bagus ramai lagi artis wanita bertudung.kan3x?

    1) Hoorey2x..Saya Menang

    2) Ceritera Kursus

    ReplyDelete
  2. yer ker..tak perasan pun. hehehe..baguslah. harap2 ramai artis wanita tampil cenggitu...lagi aman dunia seni kita

    ReplyDelete
  3. Tak suka shaheizy sam menang :(

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...