Monday, July 11, 2011

Hidup untuk berkongsi gembira

Dah banyak hari en3 aku asik marah2 jer kan???....apa kata kita relaks2 baca plak en3 ni...mudahan2 kita boleh berkongsi pelbagai rasa...sedih ....gembira....marah...heheh


jom layanzzzz


Punca tekanan pada diri seseorang ialah ketidak-mampuan seseorang untuk berkongsi pelbagai rasa dengan orang lain. Semua mahu dirasai dan ditanggung sendiri, baik suka atau duka, menjadikan orang itu individualistik, ego dan jumud. Sedangkan punca kebahagiaan itu ialah sikap mahu berkongsi dengan orang lain.

Hidup akan lebih bererti jika kita menjadi orang yang bermakna untuk orang lain. Jika anda seorang ibu, pastikanlah anak-anak merasa bertuah memiliki ibu seperti anda. Kuat, cekal, ceria, senang didekati, suka bergurau senda tanpa menjatuhkan maruah diri.

Para pakar jualan pasti sepakat bahawa cara untuk mempertingkatkan pendapatan ialah dengan kemesraan dan senyuman kepada para pelanggan. Para doktor pun pasti mengesyorkan pesakitnya untuk mengamalkan senyuman bagi memberi motivasi, di samping ubat untuk menghilangkan kesakitan.

Al-Quran pula memberi galakan supaya bermesra dengan orang lain, Allah Taala berfirman yang bermaksud, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Surah ali-‘Imran 3:159)

Penawar hati yang paling senang dan seronok apabila melakukannya ialah bergurau senda. Rasulullah SAW pernah mengekori sahabat baginda yang bernama Zahir dari belakang, kemudian baginda bersabda, “Siapakah yang mahu membeli hamba sahaya ini?” (Rasulullah bergurau, kerana Zahir bukan seorang hamba) Lalu Zahir bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah aku ini seperti barang jualan yang tidak laku?” Rasulullah menjawab sambil tersenyum, “Sesungguhnya engkau di sisi Allah bukanlah barang jualan yang tidak laku.”

Senyumlah! Sebagai tanda keredhaanmu atas segala ujian yang menimpa, dan ubat bagi hati yang berduka...

Semoga bermanafaat!

Credit pada Kak Su atas en3 bermanafaat ini....cayang Kak Su.

p/s : blog ini tempat luahan rasa aku...ada marah..geram..gembira dan sedih. berkongsi jugak kan????

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...