Tuesday, October 19, 2010

Cara Tawan Hati Suami



Sedang aku bosan2 berblogwalking terjumpa plak article ni. okeylah jugak..aku rasa cam pernah baca kat mingguan wanita...tapi biasaler...article camni memang banyak kat pasaran. so.. aku nak publish di sini...boleh juga jadi rujukan aku di masa akan datang.

Senyum selalu


petua nie bukannya susah untuk diamalkan. Hanya senyum jer. Tapi jangan plak masa laki ko tengah cakap hal serius, ko senyum memanjang pulak:-) Tengok-tengoklah tempat dan masa yang sesuai okey. Sesunguhnya, seorang suami tue lebih suka tengok isterinya senyum daripada menunjukkan ‘muncung’ yang panjang… So, janganlah asyik nak bermasam muka jer…. :-)

Sabar dengan karenah suami

kadang2 mungkin suami berasa tertekan sbb masalah kat tempat keje ker ataupun masalah lain. Maybe dia akan marah-marah kerana terbawa-bawa beban keje ke rumah. Kalau ini terjadi, sabar jer la. Jangan start membebel plak. Nanti perang mulut plak jadinya. Sebaliknya, buat sesuatu yang boleh buat cik abang lupakan masalahnya:-)

Kurangkan berleter/membebel

biasanya, isteri berleter kalau ada sebab. Nak buat camne, dah lumrah. Tak salah membebel kalau untuk kebaikan bersama, kan? Cuma kalau boleh, kurangkan sedikit bebelan tu kerana lelaki MEMANG alergik dengar perempuan membebel…:-) Sesetengah laki sampaikan tak mau balik rumah sebab tak mau dengar si isteri duk membebel sepanjang masa. Jadi, daripada membebel, baik anda fikirkan cara lain untuk menyampaikan apa yang terpekung di hati, kan …:-)

Berhias di depan suami

menghias diri bukan hanya masa nak keluar jer. Apa salahnya sekali-sekala anda berhias di depan suami. Mekap lawa2, pakai baju tidur yang menggoda ker, atau pakai perfume yang boleh bangkitkan ghairah suami ker. Tapi jangan pulak ko pakai baju seksi, perfume mahal, tapi tepek muka dengan bedak sejuk:-) Terkejut beruk suami korang nanti!

Belai dengan manja

bukan wanita je yang suka dibelai! Lelaki pun sama. Masa tengah duk relax2 tu, apa kata si isteri peluk suami dengan manja atau belai rambut dia…selain rasa diri diorang special sangat2, gerenti jugak akan timbul kasih yang amat mendalam pada si isteri:-)

Masak untuk suami

kalau ada masa tu, rajin-rajinlah masak untuk suami anda. Jangan asyik makan kat luar jer. Kalau tak reti masak, blajar2lah dari mak korang…dah namanya pompuan, memang kena tau masak kan? Sedap ke tak sedap tu kemudian kire…:-) suami pasti akan terharu jika isterinya yang tak pandai masak tiba2 belajar masak, just for him…:-)

Manjakan diri

lelaki suka dengan wanita yang manja. Tapi jangan over la plak. Sekali-sekala tu bolehlah berlagak manja, tapi jangan all the time.. tengok tempat dan waktu yg sesuai, yer…:-)

Urutlah si dia

bila suami balik dari keje penat2, best jugak kalau ada orang yang mengurutnya. Boleh hilangkan tension, kan? Bahagian yang biasanya best diurut ialah bahu, tapak kaki, kepala dan yang lain2 tu, pikir2lah sendiri, yer..:-) Dengan ini, si suami akan lebih menghargai kewujudan kita sebagai isteri. Lagi satu, rajin2lah korang mengurut laki korang, silap2 nanti kang dia pi cari ‘tukang urut’ kat luar…Naya plak ngko!

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...