Tuesday, October 26, 2010

Kesan Mengadap Komputer Terlalu Lama

bersiaran secara langsung dari pusat tuition kumon...

penatnya hari ni...dari pagi ngadap lappy...then start miting seksyen from 11.30am until 1.30pm non stop...after lunch continue with discussion about system candidature sampai kol 6pm. sambil2 tu tolong team konsular pasal data migratension. sampai rumah trus pickup my dotter bawa ke sini untuk tuition. now berblogwalking sambil menunggu my dotter abis class. penat kan???? pas ni nak ke shah alam lak hantar barang...uuhhhh!!!! ini kah pengorbanan seorang ibu, isteri dan wanita berkerjaya(piiiraahhhh!!!!!)?????

sambil2 dok melepak tunggu anak ni....sempat aku mencari sedikit ilmu untuk dikongsi bersama...jommmm layaannnnnzzzz!!!

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

ni yang aku takut ni...dahla kat opis seharian mengadap lappy...balik umah pun ngadap lappy...mata dah naik buntang...kepala pun dah start sakit...badan pun dah rasa nak demam. esok ada miting...nak present sistem yang tak siap lagik...memang cari bala la aku esok...menempah sengsara...

p/s : boleh tak nak tampal article nikat pintu bilik bos???

1 comment:

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...