Wednesday, October 20, 2010

Tugas Penganalisa Sistem

Di bawah aku senaraikan tugas2 penganalisa sistem....ya!!! tugas aku sekarang..yang aku celok daripada laman web JPA...khas untuk sesapa yang teringin nak jadi SA...nak rasa pressure yang berlebihan...aku rasa semua2 tugas2 tu aku dah buat...cuma tak terasa sebab buat ikut suka...tak sedar pun selama ini aku dah menjadi seorang SA yang dah mengikuti semua piawaian JPA....huhuhuh.
*
*
*
Menyelaras dan membantu memulakan (intiate) dan memperkembangkan inisiatif baru untuk membantu fungsi pengguna meningkatkan produktiviti kerja perkhidmatan awam.
(ni yang paling aku malas...kadangkala bila masuk miting...present sistem lain..tiba2 bahagian lain request sistem untuk bahagian mereka plak. siap cakap..bahagian @@@ ada sistem kenapa bahagian kami tak boleh ada sistem. sampai aku pening nak pikir sistem apa yang diorang nak sebab bahagian diorang tak der ler plak proses...)

Merangka keperluan pelanggan, membuat analisis SWOT strategi dan jika perlu, menyelaras bagi diadakan kajian kemungkinan dan prototyping.
(time present prototyping tu ler..ada user yang nak ubah itu ini...masa stadi requirement tak ingat plak...ada plak tu request sistem..tapi nak ajak diskas pasal requirement tak pernah ada masa...nak jumpa pun payah. bila dah siap baru nak komen itu ini...)

Menyediakan cadangan dan rancangan IT untuk mendapatkan peruntukan dengan kaedah selective sourcing.
(berita sedih...takder outsource untuk tahun depan...dengar citer 10 system kena develop in-house...botak kepala lepas ni..tak yah makan herbalife..akan kurus akibat pressure melampau)

Memberi nasihat dan bantuan (first level support) kepada pengguna.
(huhhh!!!! penat...hari2 ada jer support aku kena bagi...ada yang lupa camner nak guna sistem...ada yang kena bagi training balik..ada yang tukar kata laluan pastu lupa pastu yang bestnyer...ada yang hantar emel maki222 sebab sistem tak boleh nak akses hanya disebabkan network kat tempat dia yang problem...pening!!!)

Mengendali dan menyelaras perkembangan sumber tenaga manusia, rancangan kursus format dan latihan kakitangan dalam IT termasuk kursus asas applikasi IT, perhubungan awam dan program publisiti.
(nak muntah gak kalo selalu buat training....tambah2 kalo user tak faham2...pastu tambah hampeh kalo time training sistem buat dajal..)

Membuat laporan mingguan tugas yang dilaksanakan (daily tasks / training / seminar / mesyuarat / problems / issues).
(dulu leh la buat...sekrang mana ada masa nak buat..buat dono boleh ler....)

Mengurus projek dan perkhidmatan Teknologi Maklumat.
(penat sehhhh!!! satu projek aku handle dah dekat 3 tahun...macam haprak..tak rehat...kena marah...kena hamun...asik miting..seriieeesss....penat!!!!!!!!)

Menyediakan platform Teknologi Maklumat terkini.
(naseb baik ini bukan aku jaga...kalo tak lagi la mampuss!!! dengar citer pasni dah tak guna mysql..guna oracle plak...mati ler aku...nak kena perah otak plak)

Mengurus proses re-engineering dan sistem kualiti Teknologi Maklumat.
(ni namanya takder keje cari keje...dah ada keje bertambah2 la keje...)

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari masa ke semasa.
(ni yang tak syok nih...kita ler jadi PA, jadi SA, jadi kuli..jadi bos. minit pun kita kena buat...minit bos kita kena buat...ganti miting pun kita...aku rela buat segala yang di atas daripada buat keje ni.Align Centre..lagi sekkksssaaa!!!!!!)

nak jadi SA...
Basic thing yang kena tahu..paling2 basic....


nak buat flow chart..kena tahu symbol tu untuk apa..symbol ini untuk apa...kalau salah buat simbol...sistem yang nak proses jadi simpan jer....lukis fow chart jer..amik masa sehari kalo terer..kalo dah faham requirement user...atau kalo user dah tak ubah requirement.


ni yang menjadi mimpi ngeri sorang SA...nak kejar dateline..sampai tak tido malam. jangan kata orang lain..aku sambil mandi pun boleh dok fikir solution. pernah tahun lepas masa projek aku dah gila2 nazak..tiap2 malam aku mimpi ngeri..mimpi bos singa...mimpi kena marah...sungguh!!!!! rasa cam kena darah tinggi. ni nak kena lagik la ni..pasal next week bos dah nak tengok laporan sistem aku...mati ler..tak siap2 lagik ni.


ni ler diagram database yang kena buat sebelum bangunkan sistem. ni keje SA la ni. kalo tak der yang ni takder ler sistem. nak buat yang ni jer makan masa hampir sebulan..ok...aku ulangi SEBULAN...

Penat tau jadi SA ni..tak sempat nak melawa...sebab muka asik berkerut...tudung asik berkelepot.

p/s : agak2 kalo aku minta jadi cikgu masih tak terlambat kah????

2 comments:

  1. weyYyy.. boringnye keje SA tu..
    sapa la yg tk bernasib baik keje mcm kuli gni kn?? aku tumpang simpati laa..

    p/s: sendre mao ingat la kn.. lu pk la sendre! haha..

    ReplyDelete
  2. ntahler...sapa la yang kejam sangat bagi kita keje camtu...
    tu baru seciput aku keluarkan...ada lagi 4 ciput...simpan dulu..

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...