Tuesday, October 12, 2010

Open House + Angin

akceli aku nak hapdet pasal open house umah aku..nak masuk picca...tapi pasai apa ntah..lembab benor nak upload picca...blog yang mengong kah...atau beruk ben ni yg lembab. picca2 pulak aku letak kat lappy aku...jadi tak bawa ke opis. kalau tak senang la sket..pasal tenet kat opis laju..haihhh...pehal ni..hari tu laju jer aku upload picca..ni lembab macam sipoot !@#$ plak. geram aku. lembab gila...dah satu jam aku tunggu...dok loading lagik. sengal sungguh!!!.

pagi tadi aku ada dapat emel dari satu mission (namanyer dirahsiakan)...nak salahkan sistem aku bila dia tak boleh nak masuk...bukan pasal sistem yang problem...pasal network kat sana yang macam nenek sipoot !@#$..geram aku. nak marah2 tak kena gaya. ikut hati malas aku nak layan. macam2 peel aku terima sejak istem ni beroperasi. ada mission tu ok jer. bak kata orang...orang berbudi kita berbahasa. kalau nak minta tolong berbudi bahasa la sket. aku rela hati nak tolong. ni kalo tepon nak hangin2...emel macam hantu...aku nak tolong??? uwweeekkk!!!! kasi jolok bagi muntah la. kalau betol sistem problem kenapa ada 30 mission yang sukses guna. sama jer..akses dari same server. tu yang aku tak puas ati tu. ok..tutup citer pasal keje. aku tak balas pun emel mamat mission tu. malas!!!!!

Nak hapdet pasal open house... 2picca dah berjaya dihupload. ada 5 keping jer yang aku berjaya amik. yang lain aku kena minta daripada cameraman sukarelawan di rumah aku..yang sekarang tengah outstation.

Tragedi berlaku pada 8 Oktober 2010..secara rasmi bermula dari jam 8 malam hingga 4 pagi. sungguh penat kan ??? secara tak rasmi bermula dari satu hari sebelumnya di mana aku gigih memasak dadih..., nasi impit, mencelur bihun dan mee serta merebus nasi impit. siang harinya aku hanya menggoreng nasi. ya!!! open house aku makan nasi goreng. takder rendang, ketupat, lontong atau menu yang seangkatan dengannya. sebabnya....laki aku telah menangkap seekor kambing jantan untuk dipanggang dan ayam2 untuk dibuat sate. jadi nak matching dengan kambing aku buat ler nasi goreng dan meehun sup.

apa yang melucukan dapur aku pecah gara2 aku memasak tak berhenti2. bertaburan kaca kat lantai. terpaksa aku tunggu kol 10 pagi..kedai buka sebab nak gi cari dapur. nasib baik saiz dapur aku banyak dapur yang matching..lega. kalo tak mampusss nak cari dari satu kedai ke kedai.

Tima kasih pada kawan2 yang hadir...aku tak jemput ramai pun. sebab open house ni lebih kepada meraikan kawan2 laki aku (tak aci kan???) tapi aku ikhlas. heheheh. naseb baik kawan2 aku datang. thanks azah, hafez, panda, razif, naza, dan rai
.

antara menu yang aku sediakan....ringkas jer...pandangan dari dalam rumah.


gambar dekat. budak pertama yang makan. malu2 plak time aku nak snap picca dia.

linda...wife razif bersama dengan khayraa dan hayfaa....tomei kan???



from left : rai, anas(somi rai), panda, razif dan hafez.

azah tengah berborak dengan kakak aku....my lovely adam...

selamat dah aku huplod picca...bawa mai opis..guna wireless kat opis.



No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Berpindah Blog

Assalamualaikum... Blog ini telah berpindah ke: wonderfulprimroselife.blogspot.com . blog baru...hidup baru..harapan baru Insyaa All...